KUALA LUMPUR: Akibat menumbuk muka abang kandung sehingga lebam kerana enggan memberikan RM400 kepadanya untuk membaiki motosikal, seorang penulis blog dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zailan Yunus, 55, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Zaidi Yunus, 56, di sebuah rumah di Jalan 23 Selayang Baru, Gombak di sini pada 1.30 tengah hari 18 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Feb lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Mohd Zailan dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan mangsa serta rekod jenayah tertuduh pada 2020, juga membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323.
Peguam M.Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan pula memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan bapa tunggal yang mempunyai seorang anak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Feb lepas. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Juruelektrik didakwa tumbuk cermin kereta, cederakan lelaki
Mohd Hafiz Abidin, 38, didakwa melakukan khianat dengan menumbuk cermin hadapan kereta jenis Honda BRV dimiliki seorang lelaki berumur 54 tahun.

Tumbuk muka abang kandung: Penulis blog dihukum penjara 14 hari, denda RM2,500
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Feb lepas.

Nelayan tumbuk muka lelaki berdua-duaan dengan isteri dalam bilik tidur ditahan
Seorang nelayan ditahan kerana menumbuk muka lelaki yang ditemui berdua-duaan bersama isterinya dalam keadaan tidak berbaju di dalam bilik rumah mereka di Jalan Dato Ali, dekat Kangar, malam tadi.