KANGAR:Seorang nelayan ditahan kerana dipercayai menumbuk muka lelaki yang ditemui berdua-duaan bersama isterinya dalam keadaan tidak berbaju di dalam bilik rumah mereka di Jalan Dato Ali, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian 11 malam itu, nelayan berusia 26 tahun berkenaan ternampak sebuah motosikal tidak dikenali diparkir di hadapan rumahnya ketika pulang.
"Dia yang curiga masuk ke dalam rumah sebelum menemui seorang lelaki tidak berbaju berada dalam bilik tidur bersama isterinya yang ketika itu hanya berkemeja-T dan berkain batik.
"Dia berang lalu meluru ke arah lelaki lelaki berkenaan sebelum menumbuk mukanya sebanyak dua kali.
"Dia yang masih tidak berpuas hati turut merosakkan motosikal lelaki itu yang diletakkan di hadapan rumahnya," katanya di sini, hari ini.
Katanya, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan kemudian tiba di rumah itu dan menahan nelayan terbabit untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dan isterinya masih pasangan suami isteri yang sah serta tiada masalah rumah tangga serius, malah tiada sebarang permohonan fasakh, nusyuz mahupun perceraian difailkan di mahkamah syariah.
Katanya, suspek dipercayai sudah lama mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki itu dan sering membawanya ke dalam rumah mereka ketika suspek tiada di rumah.
Beliau berkata, suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan serta melakukan khianat dengan merosakkan harta persendirian.
Katanya, mangsa juga disiasat mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan persendirian dan memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Feb 02 2021

Suspek (tiga dari kiri) direman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut. - Gambar/ Astro AWANI

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.