SHAH ALAM: Dua keping gambar memaparkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 'duduk' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial pada Jumaat.
Turut dilihat hadir dalam 'perjumpaan' itu abang kepada Nik Mohamad Abduh iaitu Nik Omar, penceramah bebas, Wan Ji Wan Wan Hussin serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Gambar yang tular itu dipercayai dirakam di sebuah lokasi di Kelantan memandangkan Anwar kini berada di negeri berkenaan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani.
Pelbagai spekulasi juga turut tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, Pas menggugurkan Nik Mohd Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.
Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar sebelum ini dilihat tidak 'sekepala' susulan kedua-duanya memilih haluan politik berbeza.
Nik Omar sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin Pas susulan bertindak menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 12 2023

Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar yang dipercayai dirakam di Kelantan.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Nik Abduh dilantik sebagai Senator
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.

Jumpa Anwar sekadar sambung persahabatan arwah bapa - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan yang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap pendirian politiknya.

Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar
Pelbagai spekulasi turut tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan.

PRU15: Negara lebih stabil jika Pas tadbir - Nik Abduh
Menurut Nik Abduh, kebanyakan kes rasuah yang dilemparkan kepada Pas bersifat tohmahan semata-mata.

'Sebaik-baik perjanjian politik ialah pembentukan Muafakat Nasional' - Nik Abduh
Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PRN Melaka: Tahniah BN, takziah Pas - Nik Abduh
Menerusi posting di Facebook, Nik Abduh turut mengucapkan takziah kepada partinya yang tewas semua kerusi yang ditandingi.
![[KEMAS KINI] COVID-19: Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan positif [KEMAS KINI] COVID-19: Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627135852_TBZahidHamidi.jpg)
[KEMAS KINI] COVID-19: Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan positif
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang positif COVID-19.

"Bukan anak saya pembawa virus varian Afrika Selatan" - Nik Abduh
Nik Abduh nafi anaknya yang belajar di Afrika Selatan bawa balik virus sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung.

Isu terima dana dari BN, SPRM siasat bekas pemimpin Pas
Siasatan masih diteruskan terhadap isu PAS terima dana daripada kerajaan terdahulu.

Dana RM90 juta: Saya fikir mereka salah orang - Nik Abduh
Ahli Parlimen Bachok itu berkata demikian selepas menghabiskan lebih dua jam di pejabat SPRM Kelantan pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima pimpinan Pas.