Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz percaya pihak yang mengatakan beliau pernah membuat pengakuan mengenai isu pemimpin Pas menerima dana daripada UMNO telah "tersalah orang" kerana beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata demikian selepas menghabiskan lebih dua jam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di sini pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima pimpinan Pas.
"Saya fikir, mereka yang buat laporan itu salah orang. Saya kata, tak, saya tak ada maklumat.
"Pasal rakaman, saya jawab pendek, tak ada kaitan. Ia adalah karut dan fitnah - itu kenyataan saya buat," katanya merujuk kepada rakaman suara yang didakwa miripnya berhubung pendedahan penerimaan dana dari UMNO.
BACA: Dana RM90 juta: Siasat parti lain juga - Abdul Hadi
"Terima kasih kepada yang melapor saya ziarah bangunan ini. Saya tak fikir saya akan dipanggil balik selepas ini. Mereka salah orang. Bukan saya.
"Kalau nak tanya pasal RM900, adalah," kata Nik Mohamed Abduh kepada media sambil mengakui beliau dipanggil ke pejabat itu kerana wujud laporan berhubung dana berkenaan.
"Saya memberi keterangan atas beberapa perkara. Dan saya dipanggil kerana ada laporan berhubung RM90 juta itu," jelas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu.
BACA: Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan
Nik Mohamed Abduh, yang dianggap saksi penting kerana dikaitkan dengan rakaman audio yang tular itu, turut memaklumkan beliau sedia bekerjasama dengan SPRM yang dianggapnya sebagai rakan beliau dan juga Pas.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan dimulakan mengikut bidang kuasa SPRM susulan laporan polis dibuat orang awam yang kemudian dirujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada suruhanjaya berkenaan.
BACA: PH Bachok buat laporan polis mengenai isu pengakuan Nik Abduh
Isu Pas menerima wang daripada UMNO timbul semula apabila Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, berhubung artikel yang mengandungi tuduhan terbabit.
Keputusan itu dicapai menerusi perintah persetujuan di Mahkamah Tinggi London selepas Abdul Hadi meneliti semua aspek keseluruhan tindakan mahkamah yang difailkan terhadap Rewcastle-Brown selaku defendan dan mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam.
BACA: 'Saya tidak dimaklumkan ke SPRM' - Husam
Rewcastle-Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi dan kedua-dua pihak bersetuju tiada perintah berkenaan kos.
Kedua-dua pihak juga tertakluk pada persetujuan kerahsiaan mengenai terma berkaitan penyelesaian berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Fri Feb 08 2019

Nik Mohamed Abduh ketika tiba di Pejabat SPRM Kelantan pagi ini. - Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
Setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua 'runner'.

Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan
Kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.

Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.

Dr Akmal selesai beri keterangan selepas tiga jam
Beliau memaklumkan ada beberapa soalan tambahan dikemukakan dan ia telah selesai dijawab dengan baik sebelum dilepaskan oleh pihak polis.

'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa ini
Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.

Polis kesan tiga lagi individu dikenal pasti terlibat perhimpunan
Polis sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di ibu kota pada Sabtu lepas.