SHAH ALAM: Ikan 'kayangan' yang boleh mencecah ribuan ringgit seekor seperti kelah dan tengas antara spesies didapati mati akibat tangkapan dilarang oleh sekumpulan individu tidak bertanggungjawab sepertimana tular di media sosial baru-baru ini.
Berdasarkan hasil siasatan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak, ia termasuk jenis terubuk, lampam dan beberapa spesies lain yang merupakan ikan asli di Sungai Singor, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.
Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya memandang serius mengenai video tersebut dan masih menjalankan siasatan bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
“DOF menyelar tindakan sekumpulan individu disyaki menggunakan kaedah dilarang menyebabkan kematian ikan yang banyak di Sungai Singor.
“Ikan kelah iaitu ‘Tor Tambroides’ merupakan spesies dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Perak 1992, Jadual Kedua Kaedah 3 (4) yang menyatakan larangan menangkap, membunuh dan memiliki kecuali mendapat kelulusan bertulis pegawai perikanan darat.
“Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah kaedah ini boleh disabitkan dan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan sekumpulan individu menunjukkan hasil tangkapan ikan yang banyak di satu kawasan sungai dalam hutan.
Rakaman video berkenaan bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada warganet kerana tidak berpuas hati dengan kaedah penangkapan ikan itu.
Adnan memaklumkan, antara kaedah penangkapan ikan yang dilarang di bawah Akta Perikanan 1985 adalah penggunaan arus atau renjatan elektrik, bom ikan, menuba ikan mahupun menggunakan racun.
Hal ini kerana menurutnya, ia berisiko merosakkan ekosistem habitat air tawar dan laut serta mengakibatkan kepupusan spesies asli yang menghuni kawasan terbabit.
“Kejadian tidak bertanggungjawab ini juga menjadikan kesinambungan ekosistem di kawasan tersebut terputus terutamanya lubuk habitat utama induk ikan sungai.
“Contohnya, kawasan untuk kelah dan tengas bertelur sehingga menghasilkan anak-anak ikan yang menjadi salah satu rantaian makanan di sungai ini.
“DOF sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi menangani kes ini dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian FishCom 24 jam menerusi 03-8870 4058,” ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024

Tangkap layar video tular di media sosial mengenai aktiviti tangkapan ikan yang dikatakan mencurigakan.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.

Tular bom ikan: Spesies asli banyak yang mati
Ia termasuk jenis terubuk, lampam dan beberapa spesies lain yang merupakan ikan asli di Sungai Singor, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.

Mangsa parah terkena bom ikan meninggal dunia
Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.20 pagi selepas tiga hari menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, pada Isnin.

Tiga ditahan tangkap hasil laut guna bom ikan
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pasukan PPM Kota Kinabalu turut merampas beberapa peralatan mengebom ikan.

Sabah akan bina pos kawalan di Pulau Tiga
Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata Pulau Tiga sering berdepan dengan masalah pencerobohan oleh nelayan tempatan dan asing, selain penggunaan bom ikan yang menjadi ancaman kepada hidupan marin.

Dua individu ditahan disyaki jual peralatan bom ikan
Polis menahan dua individu lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti menjual bom ikan di rumah atas air Kampung Sri Langgas, Kunak sekitar jam 6 pagi Ahad.

Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 6 petang itu, seorang daripada lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang lagi adalah warga tempatan berusia 34 tahun.

239 kes bom ikan, penguatkuasa berdepan cabaran
Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata, daripada 239 kes tangkapan, sebanyak 36 kes sudah didakwa di mahkamah, yang majoritinya berlaku di perairan Sabah.