LENGGONG: Enam sekeluarga yang sedang berkelah di Pusat Rekreasi Lata Kekabu di sini pada Isnin terkejut selepas mendengar bunyi letupan dan kemudian melihat pula, seorang lelaki berlari dalam keadaan berlumuran darah.
Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Amirul, 26, berkata, dalam keadaan cemas lelaki terbabit meminta pertolongan supaya dia menghubungi ambulans dan polis.
BACA: Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
"Saya sedang salin pakaian panik selepas lelaki itu beritahu ada orang kena bom. Bahagian dada dia berdarah.
"Saya terus telefon 999. Pada masa sama saya cuba tenangkan lelaki terbabit. Berkali-kali dia minta polis cepat datang kerana rakannya cedera," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Amirul, dia tidak berani untuk pergi ke lokasi kejadian di hulu sungai.
"Saya difahamkan lokasi kejadian jauh, perlu berjalan kaki beberapa minit. Memikirkan keselamatan ibu dan ahli keluarga lain, saya tidak pergi melihat lokasi walaupun diberitahu ada mangsa parah.
"Saya diberitahu oleh peniaga di sekitar situ, mereka mengenali mangsa yang merupakan penduduk kampung berhampiran. Setelah polis tiba, kami terus bersiap-siap pulang," katanya.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hasan Basri pada Isnin mengesahkan kedua-dua mangsa cedera parah akibat terkena bahan letupan ketika membuat bom ikan.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mangsa, Amirudin Khairudin, 44, maut manakala rakannya berusia 40 tahun cedera parah di tangan akibat terkena bahan letupan daripada bom ikan.
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Polis turut menemukan peralatan dan mercun bola di lokasi kejadian serta kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 06 2022

Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping. -Gambar hiasan

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.

Tular bom ikan: Spesies asli banyak yang mati
Ia termasuk jenis terubuk, lampam dan beberapa spesies lain yang merupakan ikan asli di Sungai Singor, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.

Mangsa parah terkena bom ikan meninggal dunia
Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.20 pagi selepas tiga hari menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, pada Isnin.

Tiga ditahan tangkap hasil laut guna bom ikan
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pasukan PPM Kota Kinabalu turut merampas beberapa peralatan mengebom ikan.

Sabah akan bina pos kawalan di Pulau Tiga
Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata Pulau Tiga sering berdepan dengan masalah pencerobohan oleh nelayan tempatan dan asing, selain penggunaan bom ikan yang menjadi ancaman kepada hidupan marin.

Dua individu ditahan disyaki jual peralatan bom ikan
Polis menahan dua individu lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti menjual bom ikan di rumah atas air Kampung Sri Langgas, Kunak sekitar jam 6 pagi Ahad.

Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 6 petang itu, seorang daripada lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang lagi adalah warga tempatan berusia 34 tahun.

239 kes bom ikan, penguatkuasa berdepan cabaran
Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata, daripada 239 kes tangkapan, sebanyak 36 kes sudah didakwa di mahkamah, yang majoritinya berlaku di perairan Sabah.