Polis mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai di Gua Kandu, Gopeng, Perak pada Sabtu ialah tulang manusia.
Pengesahan awal itu adalah hasil bedah siasat terhadap serpihan tersebut di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata spesimen darah salah seorang ahli keluarga peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf Hassan, telah diambil untuk ujian Asid Deoksiribonukleik atau DNA.
“Serpihan tulang bersama spesimen darah tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya bagi tujuan perbandingan DNA.
“Keputusan ini dibuat untuk memperlihatkan perkaitan di antara penemuan tulang ini dengan kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau Acap memandangkan lokasi tulang ini dijumpai dalam radius atau lingkungan kawasan pencarian dan juga berhampiran dengan trek perlumbaan GUT 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di pejabatnya di Kampar pada Selasa.
Menurutnya, ujian DNA adalah untuk mengetahui pemilik tulang itu dan keputusan ujian dijangka diketahui dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Bagaimanapun, kata beliau, pihak polis akan berusaha untuk mendapatkan keputusan itu lebih awal daripada itu.
Dalam pada itu, beliau berkata operasi mencari Mohammad Ashraf masih diteruskan oleh orang kampung dalam skala yang lebih kecil.
Astro Awani
Tue Apr 23 2019
Polis mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai di Gua Kandu, Gopeng, Perak pada Sabtu ialah tulang manusia.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mangsa ketiga nahas bas, kereta maut
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kampar.
Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari
Suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak ditemukan terapung di lombong selepas hilang sejak semalam
Mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan pasukan operasi mencari dalam jarak kira-kira 80 meter dari rumah keluarga mangsa pada 9.45 pagi.
Warga Myanmar dikhuatiri lemas dalam lombong terbiar di Kuala Kampar
Mereka tiba kira-kira jam 4.30 petang dan diminta pemilik kebun untuk melihat dahulu keadaan kebun sebelum memulakan kerja.
Lelaki Myanmar maut, dipercayai dibunuh dalam pergaduhan di kebun sayur
Polis menerima laporan jam 9.56 pagi daripada pemilik kebun sayur.
Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.
Guru lemas ketika sertai aktiviti water rafting
Ahmad Khairudin Ayob, 47, guru Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka dihanyutkan arus selepas bot yang dinaikinya bersama enam lagi dikatakan terlanggar tebing lalu terbalik.
Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis
Pengesahan awal itu adalah hasil bedah siasat terhadap serpihan tersebut di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Isnin.