Seorang guru lemas ketika menyertai aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, dekat sini, pada petang Sabtu.
Ahmad Khairudin Ayob, 47, guru Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka dihanyutkan arus selepas bot yang dinaikinya bersama enam lagi dikatakan terlanggar tebing lalu terbalik kira-kira 5.10 petang.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata sebelum itu mangsa menyertai konvoi berkereta dan bermotosikal melibatkan 19 orang iaitu 15 lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak.
Menurutnya, 15 orang daripada mereka telah mengikuti aktiviti ‘water rafting’ yang dikendalikan sebuah syarikat rekreasi di Kampung Jahang dengan menggunakan tiga buah bot dari Kuala Razila.
“Mangsa menaiki bot yang kedua dan berlepas pada lebih kurang 5 petang dan selepas 10 minit aktiviti tersebut, bot yang dinaiki si mati telah terbalik lebih kurang 500 meter dari tempat pelepasan.
“Mangsa terus dihanyutkan lebih kurang satu kilometer sebelum dapat diselamatkan oleh krew bot pertama,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Hasron Nazri berkata salah seorang krew telah memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi tiada sebarang respon daripada mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Gopeng.
“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah untuk disabitkan dengan kematian ini.
“Siasatan mendapati air Sungai Jahang ketika kejadian berlaku adalah deras kerana cuaca hujan sebelum itu.
"Aktiviti adalah atas permintaan peserta dan langkah keselamatan yang sewajarnya seperti jaket keselamatan, helmet dan taklimat sebelum memulakan aktiviti telah diambil,” ujarnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 15 2019
Ahmad Khairudin dihanyutkan arus selepas bot yang dinaikinya bersama enam lagi dikatakan terlanggar tebing lalu terbalik. -Gambar hiasan
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Guru lemas ketika sertai aktiviti water rafting
Ahmad Khairudin Ayob, 47, guru Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka dihanyutkan arus selepas bot yang dinaikinya bersama enam lagi dikatakan terlanggar tebing lalu terbalik.