KOTA BELUD: Dua remaja dan lima kanak-kanak dikhuatiri hilang ketika bermain di sekitar Kampung Kebayau, di sini, pada petang Ahad.
Kesemua mereka yang berusia antara tiga hingga 15 tahun itu kali terakhir dilihat pada jam 3 petang di sebuah kedai runcit dan sehingga kini masing-masing dilaporkan belum pulang ke rumah.
Mangsa yang dilaporkan hilang membabitkan empat beradik termasuk tiga daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) iaitu Freddy Kerinsuk, 15; Arni, 13; Alistar, 9, dan adik mereka Royce, 3.
Selain itu, Mecklorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11 dan Elcy Jackter, 5, yang turut bersama mereka juga sehingga kini belum ditemui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.49 malam.
Katanya, sepasukan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 33 kilometer dari BBP Kota Belud.
"Menurut laporan semua mangsa termasuk membabitkan tiga beradik yang juga pemegang kad OKU hilang semasa bermain di kawasan kampung dan saksi memaklumkan mereka kali terakhir dilihat berada di kedai runcit kampung sekitar jam 3 petang.
"Sehingga kini kesemua mereka masih belum pulang ke rumah dan usaha mencari dilakukan segera oleh penduduk kampung namun tiada sebarang penemuan sebelum operasi disambung semula hari ini oleh pasukan bomba," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa berhubung semua mangsa terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 08 2022

Menurut laporan semua mangsa termasuk membabitkan tiga beradik yang juga pemegang kad OKU hilang semasa bermain di kawasan kampung.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Adik bekas penyerang Harimau Malaya, Nur Khalisya ditemui selamat
Adik perempuan kepada bekas penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman, Nur Khalisya, yang hilang sejak 25 Februari lalu, ditemui dalam keadaan selamat di Seremban hari ini.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.

Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.

Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.

Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, semalam.