KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk tiga warga Vietnam dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di ibu kota dan Selangor pada Selasa lalu
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 23 hingga 32 tahun.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di dua buah kondominium berasingan iaitu di Taman Miharja, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor.
"Hasil pemeriksaan di kondominium terbabit polis merampas serbuk MDMA 7.44kg, Pil Ecstasy 450 biji, ganja 15.14 gram dan cecair MDMA 12.15 liter dengan keseluruhan nilai sebanyak RM462,462.85.
"Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dan Volkswagen Passat serta wang tunai RM4,481. Keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM539,943.85," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, ujian saringan urin mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek juga ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama seminggu bermula 1 Jun.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
"Melalui tangkapan ini pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan dan asing yang dikesan aktif selama empat bulan di sekitar Lembah Klang," kata beliau lagi.
Afiezy Azaman
Thu Jun 03 2021

Polis merampas serbuk MDMA 7.44kg, Pil Ecstasy 450 biji, ganja 15.14 gram dan cecair MDMA 12.15 liter dengan keseluruhan nilai sebanyak RM462,462.85. - Gambar PDRM

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Volkswagen, Kesatuan Sekerja setuju kurangkan 35,000 pekerjaan di Jerman
Perjanjian ini dicapai selepas rundingan panjang antara pembuat kereta terkemuka Eropah itu dan Kesatuan Sekerja.

Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman
Volkswagen juga enggan memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan pemberhentian besar-besaran dan penutupan kilang.

Polis Terengganu rampas dadah lebih 6 kg bernilai hampir RM800,000
Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis seberat 6.3 kilogram (kg) bernilai RM768,000 dalam satu serbuan di Taman Permint Jaya Fasa 4, Jalan Kubang Ikan.

Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.

Kilang Volkswagen di Jerman kurangkan pengeluaran kereta elektrik
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony.

Kereta klasik Beetle, van Kombi Volkswagen kini koleksi berharga
Kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga.

EU rekod angka jualan kereta tahunan paling rendah sejak 1993
Ini berlaku walaupun lonjakan kukuh pada Disember di pasaran Jerman dan Itali.

Hanya pandu uji, PDRM belum muktamad pembelian BMW M3, Volkswagen Tiguan
PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian.

Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang
Suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 23 hingga 32 tahun.

Volkswagen lancar dua model kenderaan SUV elektrik di China
Pelancaran kedua-dua model itu merupakan langkah signifikan bagi Volkwagen dalam menghasilkan kenderaan elektrik di pasaran China selain Tesla dan Nio Inc.