KUALA LUMPUR: Pernah popular dan menjadi pilihan di serata dunia kira-kira era 60-an hingga 70-an, kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga dan kebanggaan bagi setiap pemiliknya.
Tidak hairanlah sekiranya ia dibaik pulih, diubah suai dengan cara yang betul dan ditambah pula dengan aksesori tertentu yang mampu menaikkan imej supaya tampil lebih klasik, retro sehingga nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Berkongsi hobi itu kepada Bernama, pemilik kereta klasik Beetle, Zarak M. Zaim, 47, berkata kenderaan itu sememangnya telah menjadi ikonik dunia, sehinggakan kereta Beetle digunakan dalam filem Hollywood seperti Herbie The Love Bug dan Transformers.
Beliau berkata setiap kenderaan klasik Volkswagen sama ada jenis Kombi atau Beetle mempunyai daya tarikan tersendiri bergantung kepada cara "olahan" pada dalaman dan luaran kenderaan setiap pemiliknya untuk meningkatkan lagi nilai estetika pada sesebuah kenderaan yang telah lama.
"Peminat kereta klasik Volkswagen ini ada pelbagai kategori antaranya ada yang sukakan original, restomod, karat dan racing bergantung kepada minat dan idea pemilik kereta masing-masing. Sekiranya mementingkan aspek original, pemiliknya sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan alat ganti yang tulen.
"Jadi, setiap kategori itu mempunyai tarikan yang akan menjadi identiti kepada pemiliknya sekali gus menjadi perhatian ramai setiap kali memandu di atas jalan raya," katanya ketika ditemui pada acara LowLife VW Malaya edisi kedua baru-baru ini.
Zarak yang berasal dari Ampang, Selangor turut memaklumkan walaupun usia kenderaan berkenaan sudah menjangkau beberapa dekad lamanya, ia masih gah melalui jalan raya kerana penyelenggaraan kenderaan jenis mekanikal itu lebih murah dan mudah berbanding kenderaan yang ada elektronik.
Seorang lagi pemilik kereta Beetle, Muhammad Fathullah Azmi, 34, berkata kemahuannya untuk memiliki kereta berkenaan kerana mahu menjaga tradisi kereta klasik supaya tidak hilang ditelan zaman bagi tatapan generasi muda.
"Walaupun diakui pemanduan kereta sekarang lebih selesa, memandu kereta klasik seperti Beetle ini mempunyai 'aura' tersendiri pada handling dan suspension, ia tidak akan sama dengan kereta lain," katanya.
Sementara itu, pemilik van Kombi Aizat Abd Rahman, 34, pula berkata beliau sanggup menghabiskan RM70,000 untuk melakukan ubah suai dan restorasi pada van Kombi yang dibelinya supaya ia kelihatan menarik, selesa dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh bersama seisi keluarga ketika melancong.
"Van saya ini van lama yang dibeli pada harga RM65,000. Bagi menambah keselesaan, saya lakukan ubah suai seperti tambah penyaman udara, sistem bunyi, ubah suai dalaman dan enjin yang sesuai untuk touring.
"Kini, apabila saya memandu ke mana-mana sahaja ia sentiasa menjadi perhatian ramai seolah-olah sebuah muzium bergerak. Ada yang membunyikan hon dan mahu bergambar dengan van. Apabila melihat orang lain gembira dengan apa saya buat, saya rasa puas," ujarnya yang telah berjaya memandu vannya itu ke Pattaya dan Bangkok, Thailand tanpa sebarang masalah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Setiap kenderaan klasik Volkswagen sama ada jenis Kombi atau Beetle mempunyai daya tarikan tersendiri. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kereta klasik Beetle, van Kombi Volkswagen kini koleksi berharga
Kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga.

Pengeluaran 'si kumbang' Beetle dihentikan
Pengeluar kereta Volkswagen Jerman akan menghentikan pengeluaran global kenderaan ikonik Beetle selepas hampir tujuh dekad jualan di Amerika Syarikat (AS).