Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah mahu semua rakyat berganding bahu dan bersatu tenaga dengan pihak pemerintah supaya segala yang dirancang dan dicita-citakan menjadi kenyataan.
Seri Paduka bertitah tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta nama hanya dengan bergantung kepada inisiatif pemerintah dan pentadbir sahaja tanpa sokongan warganya.
"Tanggungjawab mempertahan, membangun dan mendaulatkan negara yang bertuah ini terletak di bahu setiap warganya.
"Beta percaya dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat, pelbagai kejayaan akan terus dilakar oleh negara pada masa depan," titah Tuanku Abdul Halim di istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka di Istana Negara di ibu negara, Sabtu.
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun menghulurkan salam takziah kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan Shah dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan, ketabahan dan kekuatan kepada kerabat-kerabat diraja Perak.
Seri Paduka berdua juga mendoakan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 supaya diberi kekuatan dalam menghadapi situasi yang sukar.
Tuanku Abdul Halim bertitah bahawa baginda menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha dalam operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia itu.
Baginda bertitah berhubung kepentingan untuk kembali kepada landasan sebenar asas-asas penubuhan negara seperti yang dihasratkan pemimpin terdahulu.
Titah baginda, semua rakyat berbilang kaum negara ini perlu mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat-menghormati dan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan.
"Beta bersyukur atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara selama ini dan berdoa agar nikmat ini dapat terus dikecapi", titah baginda.
Tuanku Abdul Halim percaya perpaduan yang kental dapat menyelamatkan negara daripada pelbagai ancaman sama ada musuh negara, wabak penyakit mahupun bencana alam.
Selain itu, Seri Paduka bertitah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjaya mencapai kejayaan melebihi sasaran keseluruhannya pada tahun 2013.
Namun, baginda bertitah pihak kerajaan tidak boleh berasa puas hati dan selesa kerana banyak ruang dan ikhtiar yang perlu digembleng untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang.
"Negara telah menempa banyak kejayaan termasuk berjaya keluar daripada kadar kemiskinan pada tahap lebih 60 peratus kepada 1.7 peratus pada 2012 dengan kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim percaya negara berada di landasan yang betul dalam menuju negara maju menjelang 2020 berdasarkan petunjuk sahih yang diiktiraf oleh badan-badan di peringkat global.
Seri Paduka bertitah menyokong usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan ketelusan tadbir urus melalui konsep ketelusan yang mantap dan pembanterasan rasuah sehingga membolehkan negara memperoleh kedudukan lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013.
Namun baginda bertitah masih banyak lagi yang perlu dilakukan di peringkat kerajaan, swasta dan seluruh rakyat untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Beta percaya kerajaan akan terus menggiatkan usaha-usaha pencegahan rasuah dengan telus dan tegas tanpa mengira pangkat dan kedudukan serta tanpa mengambil kira sama ada kes rasuah itu berprofil tinggi atau rendah," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim bertitah bahawa baginda mengambil maklum dan mendengar rungutan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan dan yakin segala keluhan sedang ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan.
Seri Paduka juga bertitah lawatan rasmi Perdana Menteri ke China baru-baru ini merupakan lawatan yang berjaya dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan erat dan persahabatan dua hala.
Baginda percaya penghormatan masyarakat luar adalah kerana kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.
"Sesungguhnya pengiktirafan dan penghormatan masayarakat antarabangsa ke atas negara kita membolehkan kita memain peranan yang aktif dalam menangani pelbagai isu antarbangsa", titah baginda.
Tuanku Abdul Halim mengucapkan terima kasih kepada anggota perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan yang telah memberi khidmat bakti mereka dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara.
"Beta berdoa agar kerajaan dan rakyat terus berdamping dan berusaha dalam satu arah dan satu haluan bagi mendukung cita-cita kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi serta beretika dan bermoral", titah baginda.
Bernama
Sat Jun 07 2014
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. -Gambar fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Perginya seorang Sultan berjiwa rakyat - Netizen
"Perginya seorang Sultan yang berjiwa rakyat", itulah antara luahan netizen dan kenalan susulan pemergian Sultan Kedah, Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Istiadat keberangkatan balik Tuanku Abdul Halim penuh simbolik
Raja Berjiwa Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat balik ke Kedah hari ini
Keberangkatan balik baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada 8 pagi.
Institusi Yang Di-Pertuan Agong bawa kestabilan, perlu dipertahan - Najib
Sumbangan terbesar kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perpaduan amat berharga buat negara, tidak boleh dijual beli - Agong
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah bahawa perpaduan adalah satu perkara yang amat berharga kepada negara dan tidak boleh dijual beli.
Kerajaan zahir penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menzahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat atas pemerintahan cemerlang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Ketua Negara.
Agong, Permaisuri Agong hadiri majlis santapan amal YSB 2016
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan amal Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) 2016, malam tadi.
Agong rasmi dewan Ritz Carlton Langkawi
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi AJ Resorts Sdn Bhd, Tan Sri Onn Mahmud.
Anggota Parlimen perlu berfikiran jauh, elak sikap prejudis - Tuanku Abdul Halim
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati anggota Parlimen agar berfikiran jauh.
Warga ATM diingat jangan alpa dengan kejayaan
Tuanku Abdul Halim bertitah sebaliknya kejayaan tersebut perlu dijadikan sebagai pemangkin dan pemacu untuk bergerak lebih maju ke depan.