KUALA LUMPUR: Jeritan ibu meminta tolong akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini, masih segar dalam ingatannya.
Kata Norazwani Mohd Jamin, dalam kejadian tersebut, ibunya, Norbayah Harun, 69, tertimbus dalam tanah sehingga paras pinggang.
Bagaimanapun, dia yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan itu tidak berdaya melakukan apa-apa kerana tubuhnya sendiri turut tertimbus hampir separuh badan.
Lebih menyulitkan, kata Norazwani, dia terpaksa menahan serpihan dinding daripada menghempap tubuhnya.
“Saya sedar saya dapat rasa saya kena tolak (runtuhan). Saya ingat lagi macam mana bunyi pasir itu tolak saya, saya ingat lagi macam mana bunyi emak saya menjerit minta tolong.
“(Mak) menjerit-jerit cakap…. ‘Wani tolong… tolong, emak tersepit. Ya, emak Wani pun tersepit. Selepas itu kebetulan telefon (ada) di tangan saya sebab saya baru lepas bercakap dengan suami.
“Dengan tangan menggigil-gigil saya cuba telefon. Lepas itu line (talian) tidak berapa okay mungkin sebab runtuhan,” katanya berkongsi pengalaman buruk itu ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala di sini, pada Jumaat.
BACA: Tragedi tanah runtuh: Agong titah segerakan siasatan
Bercerita detik cemas yang dilaluinya itu, Norazwani berkata, apa yang dimampu dilakukan ketika itu hanyalah melaungkan kalimah “Allahuakbar”.
Kesyukuran dipanjatkan Norazwani apabila selepas melalui 15 minit yang mendebarkan itu, dia berjaya dikeluarkan daripada timbunan tersebut dengan bantuan penduduk setempat sementara ibunya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
“Saya jerit tiga kali Allahuakbar sekuat hati, lepas itu tiga kali lagi saya cakap, tolong, tolong, tolong… itu yang jiran-jiran dengar dan datang tolong saya,” tambahnya lagi.
Sambil berkongsi kisah sedih itu, Norazwani juga tidak mampu menahan sebak selain air matanya tumpah mengenangkan rumah yang didiami mereka sejak 36 tahun lalu musnah sekelip mata.
Katanya, insiden tanah runtuh itu merupakan kejadian pertama sejak dia menetap di lokasi tersebut.
Selain kehilangan harta benda, apa yang lebih memilukan bagi Norazwani ialah dia tidak tahu akan nasib tiga ekor kucing peliharaannya.
“Banyak kenangan di rumah itu. Saya sedih sebab tak dapat selamatkan kucing saya… seekor sahaja dapat selamat, lagi tiga ekor saya tidak tahu di mana,” ujarnya yang tidak mampu menahan tangisan.
Ketika kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.20 pagi itu, Norazwani hanya tinggal berdua bersama ibunya.
Mengimbau sebelum runtuhan berlaku, Norazwani berkata suasana pada malam itu begitu sunyi, dan tidak seperti hari kebiasaan yang lazimnya bising dengan bunyi cengkerik.
Bahkan dia masih lagi teringat bagaimana lampu di rumahnya secara tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap.
Ketika ini, ibu Norazwani sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Walaupun sukar melupakan kejadian tersebut, Norazwani berharap mampu membina semula kediaman untuk mereka sekeluarga berteduh.
Dalam kejadian pada awal pagi Isnin lalu, sekurang-kurangnya 284 mangsa terjejas akibat tanah runtuh.
Seramai 136 mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, sementara baki mangsa berada di luar PPS.
Kejadian tersebut membabitkan 94 buah rumah, yang mana daripada jumlah tersebut, 24 kediaman musnah, manakala 70 buah lagi dikategorikan sebagai berisiko.
Hasimi Muhamad
Fri Dec 24 2021
Norazwani Mohd Jamin tidak mampu menahan sebak mengenangkan rumah yang didiami mereka sejak 36 tahun lalu musnah sekelip mata. - Gambar Astro AWANI
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.