Jenazah Allahyarham Rusiah Suar, 56, iaitu jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam kejadian kren tumbang Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek di Mekah hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Tan Sri Ismee Ismail berkata jenazah dikebumikan selepas solat subuh di Mekah dan sebelum itu disembahyangkan di Masjidil Haram bersama jenazah yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Sehingga kini baru satu jenazah membabitkan jemaah haji Malaysia selamat dikebumikan. Selepas ini saya percaya akan ada lagi seperti yang telah diumumkan iaitu seramai lima jemaah dari Malaysia yang telah meninggal dunia.
"Insya-Allah selepas solat zuhur di Mekah upacara pengebumian akan dijalankan. Kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman," katanya kepada pemberita selepas menziarahi waris keluarga Rusiah di kediamannya, di Felda Gunung Besout 2, di sini hari ini.
Rusiah yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden berkenaan, disahkan sebagai mangsa pertama jemaah Malaysia yang terkorban.
Ismee turut menyampaikan sumbangan daripada TH sebagai tanda simpati kepada waris keluarga Rusiah serta menyerahkan wang perlindungan Takaful sebanyak RM20,000.
"Setiap jemaah haji yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji akan mendapat wang perlindungan Takaful," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga kini lima jemaah haji yang terkorban telah dikenal pasti dan hanya tinggal dua lagi jemaah yang masih belum ditemui.
"Kami sedang menunggu maklum balas daripada pejabat operasi di Mekah mengenai situasi dua jemaah haji berkenaan," katanya.
Dua jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.
Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan mangsa terbaru disahkan hari ini ialah Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.
Bernama
Mon Sep 14 2015
Jenazah Allahyarham Rusiah Suar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek, Mekah, hari ini.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.