KEMAMAN: Usaha mengesan baki tiga lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini diteruskan hari ini dengan fokus pencarian turut diberikan kepada kawasan sekitar sungai.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata, seramai 170 kekuatan digerakkan dan dipecahkan kepada tiga sektor yang merangkumi radius 32 kilometer persegi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula jam 9 pagi turut diberi tumpuan di kawasan tebing dan permukaan sungai berikutan penemuan mayat mangsa sebelum ini.
"Untuk hari ini, kita akan tumpu kepada sektor A, B dan C di kawasan sungai. Dan kita akan buat pencarian juga di kawasan tebing.
"Sebab, mangsa keempat, lima dan enam, semua kita jumpa di darat, tersangkut di belukar dan semak serta di bawah rimbunan kayu.
"Dan kita percaya, masih ada lagi baki yang tersangkut di kawasan semak berikutan semasa kejadian kepala air itu, paras air dianggarkan pada ketinggian 10 kaki, meliputi kawasan tebing dan belukar," katanya ketika ditemui pada hari ketiga operasi SAR mangsa tragedi kepala air hari ini.
Pencarian hari ini masih tertumpu di pecahan tiga sektor A, B dan C di sepanjang Sungai Air Putih, Sungai Teladas dan Sungai Pinang, dengan kekuatan 170 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat.
Azman berkata, pencarian juga turut diperhebat dengan bantuan enam ekor anjing pengesan K9 daripada JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terdahulu, mayat dipercayai remaja perempuan dijumpai penduduk di belakang Masjid Dadong, kira-kira jam 7.45 pagi.
Dengan penemuan itu, menjadikan seramai tujuh mangsa tragedi berkenaan telah ditemui setakat ini.
Tragedi pada Sabtu melibatkan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang, iaitu Karim Abdullah, 39 tahun, Azizah Eiyi, 40 tahun, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun, Putri Alleya Maisarah Karim, 16 tahun, Putri Nor Fatin Karim, 14 tahun, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun, Putri Nurerina Natasya Karim, 10 tahun, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 tahun, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4 tahun.
Turut serta, tunang Putri Balqis Izzati, Muhammad Fikri Saliman, 24 tahun, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Mereka telah pergi berkelah di jeram berkenaan sebelum hilang dihanyutkan air deras kepala air.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jul 04 2023
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih ketika tinjauan di Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih, Kemaman hari ini. --fotoBERNAMA
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Serangan di Lubnan: Operasi SAR giat dijalankan
Hezbollah dan Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan
Kegembiraan sekumpulan pelajar kolej menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Bomba selamatkan 60 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Tangkak
BBP Tangkak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.
Tanah jerlus Masjid India: DBKL akan pasang pengadang, jamin keselamatan pengunjung
DBKL akan memasang pengadang di kawasan sekitar lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang mengakibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi terjatuh pada 23 Ogos lalu.
Tak sempat rai hari jadi, pemuda 24 tahun maut lori terjunam dalam laut
Tiga hari lagi untuk menyambut hari lahir yang ke-24, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut berhampiran Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.
Tanah jerlus: Jalan Masjid India mula dikunjungi semula
Jalan utama berhampiran kawasan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mula menyaksikan pergerakan orang ramai namun dalam keadaan terkawal.