Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.42 tengah hari dan jentera pertama sampai ke lokasi kejadian pukul 1.01 tengah hari.
Berdasarkan keterangan saksi, kata beliau, lori yang dipandu mangsa, Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, pada awalnya diparkir berhampiran pelabuhan itu sebelum tiba-tiba dipecut dan melanggar batu penghadang sebelum terjunam ke dalam laut.
"Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh anggota bomba bersama unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) berjaya menemukan mangsa pada pukul 5 petang.
"Mayat mangsa ditemukan dengan jarak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian pada kedalaman 13 meter," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Menurut Ahmad Mukhlis, mangsa dipercayai bekerja dengan syarikat tersebut sejak 21 Disember 2021.
Beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Bomba Pelabuhan Barat, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).