Luluh hati seorang ibu melihat anaknya menghembuskan nafas terakhir di depan mata dipercayai selepas dibelasah beberapa lelaki di belakang rumah mereka di Marang, pada Rabu.
Dalam kejadian di Kampung Bukit Gasing, kira-kira jam 6 pagi itu, Farid Mohammad, 28, maut di dalam rumahnya kira-kira setengah jam selepas kejadian itu.
Ibunya, Zaleha Muda, 51, berkata dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh sebelum dikejutkan dengan kekecohan dan jeritan meminta tolong.
"Saya kemudian segera keluar untuk memeriksa sebelum melihat anak berada dalam keadaan lemah dan kesakitan serta hampir pengsan.
"Saya panggil beberapa kali dan dia tersedar dan saya papah dia masuk ke rumah.
"Dia kemudian sempat beritahu dipukul sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Zaleha mendakwa, ketika kekecohan berlaku, dia terdengar suspek menyebut sesuatu mengenai hutang namun tidak memahaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Dris ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Katanya, polis sudah mengenal pasti dua daripada tiga suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Dua suspek yang berusia 26 dan 27 tahun itu merupakan warga tempatan dan dipercayai dikenali mangsa. Polis sedang memburu mereka yang dipercayai sudah melarikan diri selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak berada di rumah,"katanya.
Nur Fazlizai Ali
Wed Jul 01 2020
![Tragedi anak maut dipukul selepas Subuh Tragedi anak maut dipukul selepas Subuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51593596161_zaleha.jpg)
Zaleha menunjukkan gambar anak lelakinya yang maut dalam kejadian berhampiran rumahnya pagi tadi. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723634183_TBTIKAMMATIIBU.jpg)
Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
![Reman suspek Cikgu Istiqomah dilanjut Reman suspek Cikgu Istiqomah dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723435442_Remanbekastemanle.jpg)
Reman suspek Cikgu Istiqomah dilanjut
Perintah sambungan reman sehingga 19 Ogos terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee.
![Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/81517401434_MohammadAwariAhmad.jpg)
Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
![Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722814647_lelakibunuhister.jpg)
Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang.
![Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614855648_SekolahHenryGurne.jpg)
Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di sekolah berkenaan pada 28 Januari 2020.
![Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721962521_Suspek.jpg)
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
![Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721864083_Penghantarbarangna.jpg)
Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719447026_bunuhjiranSudadi.jpg)
Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.
![Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718939435_wanitadituduhbun.jpg)
Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun
Wanita itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Iman Adelia Yusullah.