YAN: Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas, 11, yang berasal dari Kampung Charuk Tala, Sik meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.
Manakala pemandu kereta Toyota Vios berusia 61 tahun pula cedera di bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda RS-X yang dinaiki dua beradik itu datang dari arah Yan menghala ke Gurun manakala kereta Toyota Vios terbabit dari arah bertentangan.
"Kereta Toyota Vios yang dipandu warga emas terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal yang dinaiki dua beradik itu.
"Akibat pertembungan itu, penunggang dan pembonceng motosikal terpelanting dan terseret ke bahu jalan.
"Mayat mereka kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Shahnaz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 16 2024
Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan, malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.