BUKIT MERTAJAM: Paluan beduk mengiringi ketibaan Ramadan di Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah, di sini, bagaikan cubaan menggetarkan hati insan-insan yang mencari keredaanNya.
Gema ketukannya bakal berkumandang tiga kali sehari sepanjang bulan puasa ini iaitu sebelum waktu sahur, pada waktu berbuka dan selepas solat tarawih, sekali gus menaikkan semangat selain memeriahkan suasana beribadah buat ahli kariah.
Beduk atau tabuh berusia lebih 40 tahun, seberat hampir 70 kilogram (kg) dan diperbuat daripada kulit lembu itu telah berada di masjid berkenaan sejak 1980an, namun tradisi memalu gendang itu setiap bulan Ramadan hanya dihidupkan semula lebih 10 tahun lepas.
Ketua Pemuda Jawatankuasa Masjid Cherok Tokun Bawah, Mohd Rostam Rahim berkata, semasa memulakan inisiatif menghidupkan semula tradisi itu, pihaknya terpaksa membaik pulih beduk tersebut yang mengalami sedikit kerosakan akibat terlalu lama terperuk di belakang masjid.
Beliau berkata, langkah itu antara lain bertujuan menghidupkan semula tradisi lama serta mengimbau nostalgia suasana menyambut Ramadan dan berpuasa pada zaman dahulu.
"Beduk ini dikeluarkan hanya setahun sekali khusus untuk kegunaan sepanjang Ramadan.
"Kita cuba untuk hidupkan kembali tradisi memukul beduk ini kepada generasi muda kerana kita tidak mahu ia lenyap ditelan zaman di samping mengimbau kembali memori orang dulu-dulu berpuasa," katanya kepada Bernama.
Menurut Mohd Rostam, kebiasaannya golongan belia yang memalu beduk itu setelah diberi tunjuk ajar oleh generasi tua mengenai kaedah yang betul.
Selain itu, katanya, sejak amalan itu dimulakan semula sedekad lepas, beduk berkenaan sudah empat kali dibaik pulih kerana mengalami beberapa kerosakan.
"Baru-baru ini kami terpaksa hantar beduk ini ke Kuala Kangsar, Perak untuk diperbaiki kerana orang yang pandai baiki beduk ini di sini sudah meninggal dunia," katanya dan menambah pihaknya juga telah menempah pemukul beduk baharu untuk kegunaan Ramadan ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, sempena Ramadan pihak jawatankuasa bersama kira-kira 70 ahli kariah telah bergotong-royong membersihkan seluruh kawasan masjid selain merancang pelbagai aktiviti khususnya bagi menarik golongan muda.
"Antaranya adalah memasak bubur lambuk, bantuan kepada golongan asnaf, majlis berbuka beramai-ramai selain pengagihan makanan kepada gelandangan.
"Pada waktu malam selepas tarawih pula kita akan jaga lalu lintas sebab nak pastikan keselamatan memandangkan kita jangka akan terima kehadiran kira-kira 800 jemaah di masjid ini," katanya.
Menurut Mohd Rostam, pihaknya turut gembira kerana masjid itu mula menerima kehadiran ramai jemaah dalam kalangan belia iaitu kira-kira 80 peratus. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Ahli qariah Masjid Cherok Tokun Bawah, Bukit Mertajam memasang beduk di pekarangan masjid yang akan digunakan pada bulan Ramadan. - Gambar Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.