PELABUHAN KLANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi kubur bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, yang meninggal dunia malam tadi.
Ahmad Zahid tiba di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda di sini pada 3.31 petang dan berada kira-kira 30 minit di situ serta sempat menyertai bacaan tahlil.
Bercakap kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan tanah perkuburan tersebut, Ahmad Zahid menyifatkan Allahyarham Onn seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.
"Allahyarham adalah cikgu saya di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang pada 1971, apabila saya masuk ke Universiti Malaya (UM), beliau juga ke UM sebagai guru di Pusat Bahasa UM. Kami juga sama-sama aktif dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
"Saya juga sempat melawat Allahyarham ketika di hospital. Saya doakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba-hamba yang beriman," katanya ringkas.
Onn menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda pada jam 7.15 malam disebabkan sakit tua.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Selangor selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dari 2004 hingga 2007, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 dan sebagai ADUN Selat Klang selama tiga penggal dari 1986 hingga 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar di pusara Bekas Speaker Negeri Selangor Allahyarham Tan Sri Onn Ismail, 84, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.

MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.

Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.

Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.

Fadillah tiba di Peru untuk hadiri mesyuarat menteri-menteri tenaga APEC 2024
Timbalan Perdana Menteri Fadillah akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara.

Kematian Ismail Haniyeh kehilangan besar dunia Islam - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam.

Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.