Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan masa secara positif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tourism Malaysia menganjurkan pertandingan menghasilkan video muzik pendek bertemakan pelancongan.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pertandingan yang bermula dari 18 hingga 28 April itu menawarkan peluang unik buat rakyat Malaysia mempamerkan bakat serta kreativiti dalam mempromosi pelancongan di Malaysia tanpa perlu meninggalkan rumah masing-masing.
Menurutnya penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan atau individu, dengan peserta boleh memilih dari tiga kategori iaitu nyanyian, bermain alat muzik atau melakonkan sketsa mengenai pelancongan di Malaysia.
Setiap muzik video juga perlu menggunakan lagu 'Cuti-Cuti Malaysia' atau 'Visit Truly Asia Malaysia' yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Tourism Malaysia.
"Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan harapan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mempromosi produk pelancongan di Malaysia menggunakan media sosial.
"Tiga pemenang terpilih akan membawa pulang pakej pelancongan tiga hari dua malam yang meliputi tiket penerbangan pergi balik, penginapan serta pengangkutan dan lawatan.
Pemenang boleh memilih sendiri destinasi pelancongan pilihan di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut termasuk terma dan syarat pertandingan, boleh didapati dengan melayari laman sesawang Tourism Malaysia di https://www.malaysia.travel/en/my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020
Pertandingan yang bermula dari 18 hingga 28 April itu menawarkan peluang unik buat rakyat Malaysia mempamerkan bakat serta kreativiti dalam mempromosi pelancongan di Malaysia. - Facebook Tourism Malaysia
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tourism Malaysia anjur pertandingan video muzik pendek
Bagi isi masa lapang sempena PKP, Tourism Malaysia menganjurkan pertandingan menghasilkan video muzik pendek bertemakan pelancongan.