KUALA LUMPUR: Golongan penjaja kecil tidak perlu mendapatkan kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), untuk meneruskan perniagaan mereka.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan berkata, kumpulan penjaja kecil yang sudah mempunyai permit kekal atau sementara, hanya perlu memastikan permit itu dipamerkan.
Menurut KPKT, arahan itu terpakai biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 14 Jun ini, telah menetapkan hanya beberapa sektor dibenarkan dengan kelulusan CIMS.
“Sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan.
“Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu,” menurut kenyataan itu lagi pada Rabu.
BACA: 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Dalam pada itu, KPKT mengingatkan semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada 28 Mei lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Menurut Perdana Menteri, sepanjang tempoh, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh MKN.
Firdaus Azil
Wed Jun 02 2021
Sekiranya lokasi perniagaan memerlukan mereka rentas daerah, penjaja kecil hanya perlu pohon kelulusan PDRM dengan menunjukkan permit PBT. - Gambar hiasan
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
Harga murah, akses mudah faktor pengguna berbelanja di platform e-dagang
Platform e-dagang juga memudahkan pengguna untuk melakukan proses pemilihan dan pembelian barang.
Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi
Kebenaran pembelian BPI pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi.
RM25 juta untuk transformasi pasar malam, RM48.52 juta untuk peniaga kecil - Ismail Sabri
Program Transformasi Pasar Malam itu, mengetengahkan pelbagai elemen norma baharu yang mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan.
Total Lockdown: Penjaja kecil tidak perlu pohon kelulusan CIMS - KPKT
Sekiranya lokasi perniagaan memerlukan mereka rentas daerah, penjaja kecil hanya perlu pohon kelulusan PDRM dengan menunjukkan permit PBT.
Isu COVID-19, penangguhan pilihan raya antara 'menu' hari pertama Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hampir majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan COVID-19.
Penjaja kecil di Johor tidak perlu bayar lesen mulai September
Lebih 20,000 penjaja kecil Johor di bawah 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menerima manfaat daripada pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 1 Sept ini.