BUTTERWORTH: Sebuah kilang membuat topi keledar dikompaun RM10,000, selepas beroperasi dengan mengisytiharkan sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka, di Jalan Murni, Sungai Dua di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam pemeriksaan pada 11 pagi itu, pihaknya mendapati pengurusan kilang tersebut beroperasi sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka, dengan mendapatkan kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, kami menjalankan pemeriksaan dan mendapati pihak kilang berkenaan menipu, dengan mengisytiharkan beroperasi sebagai pembuatan perubatan bagi mendapatkan kebenaran beroperasi, ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula semalam.
"Berdasarkan pemeriksaan surat kebenaran MITI, kilang itu mendapat kebenaran untuk beroperasi kerana menjalankan sektor barangan keperluan peribadi iaitu pakaian perubatan, pelitup muka dan sarung tangan getah, namun sebenarnya menghasilkan topi keledar serta tiada sebarang pembuatan perubatan seperti didakwa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya berikutan itu, polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada pemilik kilang tersebut dan telah diarahkan tutup oleh pihak MITI.
Noorzainy berkata pemeriksaan juga mendapati, beberapa pekerja di situ kebanyakan warga asing turut tidak mendaftar MySejahtera, dan lima daripadanya dikenakan kompaun.
Katanya pihaknya memberi amaran kepada majikan, agar mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan termasuk mendapatkan kebenaran daripada MITI, untuk beroperasi ketika pelaksanaan PKP selama 14 hari ini dan jika gagal berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.
"Sejak semalam sebanyak 11 buah kilang di daerah SPU telah diperiksa dan saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pelanggaran SOP di kilang atau pejabat, agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan supaya kami boleh mengambil tindakan segera," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang Nadzrah Yusof berkata, pemeriksaan pihaknya juga mendapati majikan gagal menyediakan tempat tinggal, berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
"Kami membuka kertas siasatan kerana majikan gagal menyediakan penginapan yang mengikut peraturan ditetapkan, dan kami menjalankan siasatan lanjut kerana majikan gagal mengikut Akta 446," katanya.
Seramai 50 pegawai dan anggota polis bersama penguatkuasa JTK, Kementerian Kesihatan(KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terlibat dalam operasi Covid 3.0 itu.
Bernama
Wed Jun 02 2021
Noorzainy berkata dalam pemeriksaan pada 11 pagi itu, pihaknya mendapati pengurusan kilang tersebut beroperasi sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka. - Gambar fail
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
'Total lockdown': Kilang buat topi keledar dikompaun RM10,000 kerana tipu isytihar
Sebuah kilang membuat topi keledar dikompaun RM10,000, selepas beroperasi dengan mengisytiharkan sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka, di Jalan Murni, Sungai Dua.
Menderita barah rahang, Koperal Azmi meninggal dunia
Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi.