KEPALA BATAS:Tidak sampai 48 jam selepas hasrat untuk berjumpa dengan bekas rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) tercapai, Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau telah dimaklumkan tentang berita sedih itu oleh anggotanya.
"Azmi meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari tadi...arwah meninggalkan seorang balu yang juga anggota polis berpangkat koperal di IPD SPU serta tiga anak berumur empat hingga sembilan tahun," katanya melalui pesanan ringkas dalam aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Noorzainy berkata, Azmi ketika hayatnya merupakan seorang anggota polis yang berdedikasi ketika menjalankan tugas dan berharap keluarganya bersabar dalam menempuhi waktu sukar ini.
"Kita reda Allah lebih sayangkan arwah...malah impian arwah untuk berjumpa kawan-kawan lama telah direalisasikan. Diharap keluarganya tabah," katanya.
Semalam, media melaporkan Noorzainy dan beberapa anggota IPD SPU mengadakan lawatan ke kediaman Azmi dekat Bertam di sini, yang sebelum ini berhasrat untuk bertemu bekas rakan sejawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Azmi, 34, berasal dari Kampung Debak Betong, Sri Aman, Sarawak memulakan kerjanya sebagai anggota polis pada November 2006 di Balai Polis Kepala Batas IPD SPU selama lebih 10 tahun dan bertukar ke Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang sekitar 2017.
Azmi disahkan menghidap barah rahang pada 2018 oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menjalani pelbagai rawatan antaranya radioterapi di Hospital Pulau Pinang namun terpaksa dihentikan kerana tidak sesuai.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, di sini, selepas solat Asar. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Koperal Azmi Kamarudin yang meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari Selasa meninggalkan seorang balu yang juga anggota polis berpangkat koperal serta tiga orang anak. - Gambar SINAR HARIAN
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Menderita barah rahang, Koperal Azmi meninggal dunia
Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi.