KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mendedahkan perkara itu melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam berkata, maklumat tersebut diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Pada 15 Julai 2020, CBP AS telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas Top Glove atas dakwaan amalan buruh paksa dalam proses pengeluaran, termasuk ikatan hutang pekerja, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran, kemudahan tempat kerja dan penginapan serta penahanan dokumen pengenalan diri.
"Walau bagaimanapun, sekatan WRO tersebut telah dibatalkan pada 10 September 2021 setelah CBP berpuas hati dengan bukti dan tindakan yang diambil oleh syarikat Top Glove termasuk pembayaran pampasan kepada pekerja dan memperbaiki kemudahan tempat kerja serta penginapan pekerja," kata MITI.
Kementerian berkata sesi libat urus telah diadakan pada 18 Februari 2022 bersama Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli MARGMA untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh pemain industri bagi memastikan sekatan WRO terhadap syarikat sarung tangan getah Malaysia dapat dibatalkan dan dielakkan pada masa hadapan.
"MITI sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan dasar semasa termasuk berkaitan hak asasi manusia dalam kalangan pemain industri negara dan pelabur asing.
"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya pihak industri dalam menerapkan nilai etika dan pematuhan peraturan bagi mengelakkan amalan buruh paksa dan meningkatkankesedaran mengenai amalan pekerja yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Sesi libat urus diadakan pada 18 Februari 2022 untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil. - Foto REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Top Glove rugi RM3.6 bilion sepanjang tempoh perintah pelepasan penahanan - MITI
Kementerian berkata sesi libat urus telah diadakan pada 18 Februari 2022 bersama Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli MARGMA untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil.

Top Glove jangka perolehan terjejas bagi tahun kewangan 2021
Top Glove berkata syarikat itu menjalankan operasi di pelbagai lokasi dan negara dengan pelan kesinambungan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risikonya.

Pemegang saham Top Glove terima dividen hampir RM1 bilion
Top Glove Corporation Bhd telah mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta.