Operasi mencari dan menyelamat 20 mangsa yang masih hilang dalam kejadian bot karam berhampiran Sungai Air Hitam yang masuk hari ketiga gagal menemui mangsa sehingga petang tadi.
Ketua Bomba Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran mencari mangsa berikutan ombak kuat.
"Operasi berhenti kira-kira pukul 12 tengahhari tadi dan disambung semula pukul 3 petang tadi di kawasan pesisir pantai.
"Unit anjing pengesan juga telah dikerahkan ke sektor B, lokasi penemuan kebanyakkan mangsa namun gagal mengesan sebarang mangsa," katanya ketika ditemui disini, hari ini.
Jelasnya operasi akan disambung semula pukul 8 malam namun hanya melibatkan kawasan pesisir pantai.
Operasi pencarian membabitkan lima zon melibatkan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan 240 anggota dan aset masing-masing.
Tambah Azmi, unit skuba sudah digunakan bermula hari ini tetapi hanya membabitkan kawasan yang zon B berhampiran Kuala Langat menghampiri Sungai Air Hitam.
Dalam kejadian awal pagi Rabu, bot membawa 97 penumpang itu dipercayai berlepas dari Jeti Sungai Judah, Pulau Carey kira-kira 11 malam dan karam sejam kemudian.
Berikutan kejadian itu, sehingga kini seramai 63 mangsa berjaya diselamatkan, 14 ditemui mati manakala 20 lagi dilaporkan masih hilang.
Hakim Rahman
Fri Jun 20 2014
Operasi akan disambung semula pukul 8 malam namun hanya melibatkan kawasan pesisir pantai. --FotoBERNAMA
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan
Polis berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga esok.
Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.
Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.
Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.
Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.
Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.