KUALA LUMPUR:Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hari ini menegaskan, beliau tidak terpengaruh dengan kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang jelas menunjukkan pemikirannya yang dangkal dan tidak memahami fungsi jawatan itu serta menyifatkan ia sebagai suatu penghinaan ketara kepada institusi perundangan.
Beliau berkata, penerbitan buku itu telah menimbulkan pelbagai reaksi yang antaranya menyentuh dan mempersoal kebolehcayaan dan kekompetenan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC).
Katanya, kandungan buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' memberi impak negatif khususnya daripada kaca mata orang luar dan ia secara langsung telah memberi kesan kepada moral dan semangat pegawai di jabatan itu.
"Selain itu, pada hemat saya, ia merupakan suatu penghinaan ketara kepada institusi perundangan kita yang amat kita hormati dan sanjungi," menurut beliau dalam kenyataan kepada pegawai undang-undang di AGC yang ditandatanganinya.
Idrus berkata, beliau sedia maklum mengenai pegawai undang-undang yang sentiasa bekerja di bawah tekanan yang tinggi dalam waktu yang terdesak bagi tugas mencabar sehingga sering bekerja di luar waktu pejabat, termasuk cuti hujung minggu dan mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata untuk memberikan keutamaan kepada tugas yang diamanahkan demi kepentingan negara.
Memberi kata-kata semangat kepada para pegawainya, Idrus berkata, tidak dapat dinafikan bahawa komitmen dan pengorbanan yang diberikan oleh mereka tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
"Oleh itu, saya ingin menekankan dan memberi jaminan bahawa saya tidak akan terpengaruh dengan kandungan buku tersebut yang jelas menunjukkan pemikiran yang dangkal daripada pengalaman yang singkat oleh orang yang tidak memahami tentang institusi perkhidmatan awam terutamanya Jabatan Peguam Negara dan fungsi Peguam Negara itu sendiri," katanya.
Idrus juga berkata, sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, beliau telah berada dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama hampir 35 tahun dan telah menjawat jawatan Peguam Cara Negara sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2014.
Idrus, yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum menyandang jawatan Peguam Negara, berkata, oleh itu, beliau tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap kebolehan, kemahiran, komitmen dan dedikasi pegawai undang-undang dalam memikul tanggungjawab serta melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan adil dan saksama tanpa gentar atau pilih kasih.
Malah, katanya, beliau amat berbangga kerana sejak buku itu diterbitkan, AGC telah memperoleh keputusan yang memihak kepada kerajaan dalam beberapa kes berprofil tinggi.
"Ini jelas menunjukkan kebolehan dan keupayaan pegawai undang-undang dalam mengendalikan kes-kes mahkamah adalah setanding dengan malah lebih baik daripada peguam swasta," katanya.
Beliau berkata, sebagai Peguam Negara, adalah menjadi kewajipan utamanya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai perkara undang-undang bagi melindungi kepentingan negara dan mendaulatkan undang-undang.
Idrus berkata, bagi pegawai undang-undang pula, mereka perlu menjalankan tugas berdasarkan rukun undang-undang dengan penuh kesetiaan kepada Raja dan Negara.
"Saya amat berbangga dengan kebolehan, kemahiran, komitmen dan dedikasi pegawai-pegawai saya yang telah menunjukkan prestasi dan pencapaian yang cemerlang dalam menangani isu serta cabaran yang dihadapi oleh negara pada masa kini yang kompleks dan kritikal," katanya.
Oleh itu, beliau menyeru pegawai undang-undang untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan terus memacu AGC ke arah kejayaan seiring dengan aspirasi 'Bertekad Menegakkan Keadilan.' - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
Tan Sri Idrus Harun menegaskan, kandungan buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas jelas menunjukkan pemikirannya yang dangkal dan tidak memahami fungsi jawatan Peguam Negara. - Gambar fail
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.