KUCHING: Sarawak akan berunding dengan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai anggota Komanwel, istilah berkenaan juga perlu bertepatan dengan perundangan yang diamalkan di negara pertubuhan itu.
"Kita juga mahu dapatkan maklum balas daripada orang ramai bagaimana trend istilah yang perlu dipakai jadi kita akan sesuaikan mengikut undang-undang terutamanya di negara Komanwel.
"Di negara Komanwel ada menggunakan 'provincial legislature', contohnya di Kanada (anggota Komanwel) sebut 'provincial parliament' juga... Kita (Sarawak) tak dapat pakai term 'wilayah' kalau tidak, kita macam Wilayah Persekutuan," katanya.
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa negeri diwakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan mengadakan perbincangan bersama Ahmad Terrirudin bagi hal berkenaan.
Semalam Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak.
Beliau berkata secara peribadi beliau percaya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan satu daripada 13 negeri, maka perkataan itu harus digugurkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
![Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri' Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714902127_TBabangJo.jpg)
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang ketika kunjungan Aidilfitri di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (kiri), hari ini. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720089777_pipes.jpg)
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
![Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719872574_AbangJohariTunOpe.jpg)
Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari
Segala usaha yang dilaksanakan Sarawak dalam industri O&G terutama menerusi PETROS adalah berlandaskan hak dan undang-undang sedia ada.
![Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719810784_HanifahHajar.jpg)
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah
Empat negeri didapati mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
![RWMF 2024: Zainal Abidin tunggu 20 tahun untuk kemunculan sulung RWMF 2024: Zainal Abidin tunggu 20 tahun untuk kemunculan sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719657709_RWMF.jpg)
RWMF 2024: Zainal Abidin tunggu 20 tahun untuk kemunculan sulung
Zainal memilih waktu sesuai untuk beraksi di RWMF selepas menyaksikan sendiri keseriusan penganjur dan pengunjung menjaga alam sekitar di Kampung Budaya Sarawak, lokasi festival itu berlangsung.
![Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471668_GunungSantubong.jpg)
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
![MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719396205_AbdulKarimRahmanH.jpg)
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
![Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719070126_AnwarIbrahim.jpg)
Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM
Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.
![Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718610367_TBABGJO.jpg)
Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari
Sarawak akan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan.
![KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718102364_AhmadMaslan.jpg)
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
![Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717848574_AbangJohari.jpg)
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.