JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata siasatan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara dan sama ada, ada siasatan tambahan atau tidak, saya percaya itu dalam bidang kuasa pihak Peguam Negara.
"Tetapi saya yakin, penguat kuasa JAINJ dan PDRM telah laksana tugas, selebihnya kita serah budi bicara Peguam Negara untuk buat tindakan susulan, termasuk sekiranya perlu untuk mendakwa mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.
Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut keluaran Vern's yang dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 8 April lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilapor berkata pihaknya telah bertemu Pengasas dan Pengarah Urusan Vern's Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan serta langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata seramai 3,500 jemaah haji Johor bakal menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini dengan penerbangan paling awal dijadualkan pada 18 Mei melibatkan seramai 500 orang.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Mohd Fared bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Pusat Islam Iskandar hari ini. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.