Keputusan Dewan Negara menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) amat bertentangan dengan semangat majoriti rakyat yang mahu melihat kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) membetulkan keadaan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata penggubalan Akta 803 semasa pentadbiran terdahulu telah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa konsultasi dan perbincangan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan dan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya pihak media serta mendapat reaksi negatif daripada rakyat.
Justeru, katanya banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang mahu akta itu dimansuhkan namun keputusan Dewan Negara menolak usul pemansuhan akta itu amat bertentangan dengan semangat majoriti rakyat seperti yang dizahirkan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran pada Rabu mengumumkan bahawa persidangan Dewan Negara menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 selepas undi belah bahagi yang menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.
"Kebanyakan senator sekarang yang menentang Rang Undang-Undang tersebut adalah daripada pihak Barisan Nasional (BN) dan kini mereka adalah suara majoriti dalam Dewan Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Katanya, meskipun para senator yang tidak dipilih melalui pilihan raya itu mempunyai hak dari segi Perlembagaan untuk berbuat demikian, namun pemakaian hak tersebut sepatutnya dilaksanakan berdasarkan kepentingan rakyat serta negara dan bukannya untuk agenda politik peribadi. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018

LIEW: Semangat majoriti rakyat mahu melihat kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan membetulkan keadaan di negara ini. - BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Akta antiberita tidak benar Singapura dibidas Facebook
Menurut undang-undang tersebut, laman sosial seperti Facebook perlu meletakkan amaran pada muat naik yang dinilai palsu oleh kerajaan serta membuang komen yang bercanggah dengan kepentingan umum.

Tolak pemansuhan RUU Antiberita Tidak Benar bertentangan majoriti rakyat
Semangat majoriti rakyat mahu melihat kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan membetulkan keadaan di negara ini.

TPM minta rakyat sokong RUU Antiberita Tidak Benar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat.

Guna teknologi cipta inovasi, elak salah guna telefon bimbit
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta inovasi yang memberi manfaat.