KUALA LUMPUR: Pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa Pertama bermula 12 tengah hari esok.
Malah, menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengguna di lebuh raya itu juga akan menikmati tol percuma selama sebulan sempena pembukaanya.
“Mengambil semangat Keluarga Malaysia dan sambutan Hari Malaysia 2022, dengan lafaz bismillah, saya mengumumkan pembukaan fasa pertama Lebuhraya SUKE melibatkan jajaran sepanjang 16.6 kilometer bermula dari persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa secara rasmi kepada pengguna.
"Saya juga ingin mengumumkan bahawa tol diberi secara percuma selama sebulan bermula 12 tengah hari, 16 September 2022,” katanya dalam ucapan perasmianya di sini malam ini.
Pembukaan lebuh raya itu melibatkan dua plaza tol iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang serta 11 persimpangan keluar dan masuk.
Jajaran sepanjang 16.6 kilometer itu bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di Persimpangan Bukit Antarabangsa serta 11 persimpangan keluar dan masuk.
Tambah Fadillah, pengguna juga masih boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif tanpa tol sedia ada iaitu Jalan Lok Yew dan MRR2.
Jelas beliau, pembinaan Lebuhraya SUKE telah berjaya mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat dalam bidang pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak.
“SUKE adalah satu daripada 53 projek berimpak tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomo (ETP) yang bermatlamat untuk mencipta pekerjaan, menjana limpahan perniagaan dan merangsang serta mencipta aktiviti2 ekonomi lebih besar,” katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Sep 15 2022
Pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa Pertama bermula 12 tengah hari esok. - Foto BERNAMA
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
11 individu ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.
Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan - Polis
Kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan.
Lelaki tunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya SUKE serah diri - Polis
Sesat di SUKE, suspek bertindak lawan arus dan mengetahui berita kematian mangsa selepas menonton berita di televisyen dan di media sosial.
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas
Prolintas menegaskan reka bentuk Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) termasuk di kawasan selekoh jejambat memenuhi spesifikasi.
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Lebuhraya DASH siap sepenuhnya, dibuka dalam masa terdekat
DASH membabitkan tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara) dan Kota Damansara serta 13 persimpangan.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
Tol percuma sebulan bagi pengguna Lebuhraya SUKE - Fadillah
Pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa Pertama bermula 12 tengah hari esok.
Lebuhraya SUKE terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records
Pembinaan SUKE yang bermula pada Ogos 2016 membabitkan kos RM5.7 bilion dengan 100 peratus pembiayaan patuh syariah.
Lebuhraya SUKE siap 98 peratus, dijangka terima 80,000 pengguna
SUKE juga bakal menjimatkan masa perjalanan pengguna sehingga 25 minit berbanding jalan sedia ada.