Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.
"Saya juga ingin jelaskan pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak melibatkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya ini.
"... pelaksanaan tol percuma ini berlangsung hingga 29 Sept, 11.59 malam," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nanta berkata pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil - Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.
NANTA-TOL PERCUMA 2 (AKHIR) BANTING
Beliau berkata lebuh raya itu yang bersambung dengan Lebuhraya SKVE, juga memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Banting untuk ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan.
"Pelbagai projek pembangunan ketika ini sedang giat dilaksanakan di sekitar jajaran Lebuhraya WCE Seksyen 1 yang menawarkan pembangunan terancang, bersepadu merangkumi kawasan IKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan hab industri serta logistik bertaraf dunia.
"Di samping itu, ia dapat menambah baik jaringan logistik terutamanya pergerakan pengangkutan 'haulier' yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.
Nanta berharap baki empat lagi seksyen lebuh raya berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain menjangkakan Seksyen 2 bagi lebuh raya itu akan siap pada Disember depan.
"Kita juga difahamkan oleh pihak konsesi bahawa jangkaan awal lebuh raya ini akan menerima lebih kurang 10,000 kenderaan sehari," katanya.
-- BERNAMA