GEORGE TOWN: Sebuah tokong dua tingkat di Air Itam di sini musnah apabila terbakar dalam kejadian pada jam 6.15 petang, Selasa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 petang.
Menurutnya, sejurus panggilan diterima, beberapa pasukan bomba dari BBP Paya Terubong dengan bantuan daripada BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di lokasi kejadian iaitu Lorong Lembah Ria, Jalan Pasar di Air Itam, kita mendapati api sedang marak melibatkan sebuah tokong dua tingkat (kelas b) berkeluasan 40x40 kaki persegi.
"Anggaran peratusan kemusnahan adalah 80 peratus. Kita turut dibantu oleh balai dan pasukan bomba sukarela berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, operasi pemadaman telah dijalankan dan kebakaran terkawal.
Tambah beliau, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut sementara punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022

Kejadian melibatkan sebuah tokong dua tingkat di Air Itam pada petang Selasa. -Foto Sinar Harian

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tokong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Air Itam
Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut sementara punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.