Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli.
"Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu bahagian Tanah Merah di sini, pada Sabtu.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua Bersatu bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor.
Ditanya adakah Bersatu akan menerima mana-mana pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pemimpin terbabit.
"Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai Bersatu tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.
"Setakat hari ini Tok Pa (Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani," katanya.
Malam tadi Mustapa menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 27 2018
"Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan.
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.
Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.