KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan Southern Volunteers digerakkan bagi membantu program-program vaksinasi melibatkan setiap daerah yang menempatkan pusat vaksinasi.
Ini termasuk usaha dari segi mendapatkan vaksin buat rakyat di negeri Johor serta urusan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin tersebut.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mengharapkan agar penglibatan golongan belia dapat terus dipergiat dalam usaha menjayakan program berkenaan.
“Saya ambil maklum mengenai keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi COVID-19, lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes positif harian serta kematian sejak akhir-akhir ini.
“Saya juga berharap sukarelawan Southern Volunteers dapat menggalakkan golongan belia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini.
“Dengan ini, saya menitahkan agar Southern Volunteers digerakkan bagi membantu program vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi yang ditubuhkan di setiap daerah negeri Johor dari segi pendaftaran rakyat Johor untuk mendapatkan vaksin tersebut,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
Sementara itu, Exco Belia Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik seruan Tunku Mahkota Johor untuk menggerakkan Southern Volunteers bagi membantu program pemberian vaksin tersebut.
“Patik menjunjung Titah Tuanku.
“Patik bersama kempimpinan Negeri, Pegawai Daerah (DO), YDP, penggerak SV dan Pusat Pembangunan Belia Johor JOYDEC akan mengerakkan Southern Volunteers untuk kepentingan rakyat,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menitahkan agar kesemua Ahli Parlimen serta ADUN di negeri berkenaan untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah untuk memerangi wabak yang dalam keadaan membimbangkan di negeri itu.
Hilmi Malik
Tue Jun 01 2021

Golongan belia memainkan peranan untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini dan salah satu cara adalah untuk menjadi sukarelawan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menurut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi
Kerajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.

'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.