Aeon Tebrau, di sini, memaklumkan penutupan sementara operasi pasaraya berkenaan.
Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, pihak Aeon memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi pelanggannya.
"Kami menutup operasi kami pagi ini, sehinggalah ia akan dimaklum kelak," jelas kenyataan itu.
Semalam pasaraya berkenaan 'diserang' selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat tawaran untuk menanggung sepenuhnya perbelanjaan rakyat yang sedang membeli barang keperluan asas di pasaraya itu.
BACA: TMJ belanja rakyat Johor beli-belah, tanda kasih sayang
Tunku Ismail ditemani isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam sebelum itu secara sepontan berkesempatan beramah mesra bersama rakyat Johor yang membeli-belah.
Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, dirinya bukan ahli politik dan tidak memerlukan undi, namun ikhlas menyayangi rakyatnya.
"Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” katanya seperti dipetik laman Facebook Johor Southern Tigers.
Sinar Harian
Thu Apr 12 2018

"Kami menutup operasi kami pagi ini, sehinggalah ia akan dimaklum kelak," jelas kenyataan itu.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

TMJ belanja: Selepas 'diserang', Aeon tutup sementara
Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, pihak Aeon memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi pelanggannya.