KUALA LUMPUR: Tahap sara diri beras yang masih rendah di Sabah dan Sarawak perlu diteroka dari pelbagai aspek bagi meningkatkan bekalan beras, termasuk mengembangkan potensi beras spesialti bagi mencapai objektif tersebut.
Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memaklumkan banyak aspek termasuk peningkatan pendapatan petani dan pertanian lestari melalui amalan pertanian yang baik perlu diambil kira.
“Oleh kerana tahap sara diri beras yang masih rendah di Sabah dan Sarawak, amat wajar bagi kita meneroka dari pelbagai aspek bagi meningkatkan bekalan padi dan beras di sana termasuk mengembangkan potensi beras spesialti bagi mencapai objektif tersebut.
“Walau bagaimanapun, tahap sara diri bukanlah satu-satunya aspek yang perlu diteliti, kita juga perlu mengambil berat tentang aspek lain seperti peningkatan pendapatan para petani, harga makanan dan juga pertanian lestari melalui amalan pertanian yang baik,” ujarnya pada majlis pelancaran laporan Industri Padi dan Beras Sabah dan Sarawak: Status dan Potensi di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya majoriti petani tergolong dalam golongan B40 justeru peluasan pasaran beras spesialti dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan itu secara keseluruhannya.
Katanya, ia sekali gus dapat mengiktiraf sumbangan petani yang sentiasa membanting tulang dalam memastikan kecukupan keperluan beras negara.
Dalam pada itu beliau menekankan Sabah dan Sarawak mempunyai potensi bagi memperkembangkan dan mengkomersialkan industri beras negara dengan terdapat lebih daripada 500 varieti beras unik yang sebahagiannya boleh diklasifikasikan sebagai beras spesialti.
Faida Rahim
Tue Jan 31 2023
Nor Mohamed memaklumkan banyak aspek termasuk peningkatan pendapatan petani dan pertanian lestari melalui amalan pertanian yang baik perlu diambil kira. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Tingkatkan potensi beras 'spesialti' di Sabah, Sarawak - KRI
Tahap sara diri beras yang masih rendah di Sabah dan Sarawak wajar diteroka dari pelbagai aspek bagi meningkatkan bekalan padi dan beras di sana, termasuklah mengembangkan potensi beras spesialti.