KUALA LUMPUR:Kepimpinan wanita dalam bidang sains perlu dipertingkatkan antara 30 atau 40 peratus bagi memastikan penambahbaikan dalam bidang tersebut.
Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata peluang dan ruang yang secukup perlu diberikan kepada wanita untuk menonjolkan diri.
Ini kerana, kebanyakan penyertaan wanita dalam bidang sains di Malaysia dilihat kurang berada di hadapan.
"Jadi kalau kita boleh tetapkan sasaran untuk penyertaan wanita misalnya mencapai 30 atau 40 peratus peranan kepimpinan dalam bidang sains, maka kita boleh lihat penambahbaikan dalam bidang ini.
"Tetapi kalau kita lihat dari situasi pengajian tinggi, berapa ramai wanita yang mengetuai institusi pengajian tinggi. Jadi, kalau tiada (wanita) dari segi kepimpinan, maka wanita tidak akan kelihatan di dalam bidang ini," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian sempena Hari Antarabangsa Wanita Dalam Sains yang disambut pada 11 Februari.
Mengulas lanjut, Dr Jemilah yang juga Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) Malaysia berkata, Malaysia mempunyai ramai pakar perubatan sains yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat.
Bagaimanapun jelas beliau, terdapat bidang-bidang khusus yang perlu diberi tumpuan bagi menambah saintis termasuk bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta data sains.
"Ini adalah sains yang kita perlukan di masa depan kerana perubahan dari segi bagaimana kita berfungsi, bukan sahaja Sains dan Penyelidikan, tetapi juga ekonomi dan sebagainya.
"Jadi, saya rasa seperti yang saya katakan tadi banyak lagi insentif yang boleh diberikan kepada wanita seperti bidang Sains tetapi saya hendak tekankan bahawa mereka juga harus memegang jawatan (yang memaparkan) sifat kepimpinan," katanya.
Selain itu, Dr Jemilah menambah insentif bagi bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu ditingkatkan dalam kalangan murid-murid perempuan.
Sementara, ibu bapa pula katanya harus memberi ransangan kepada anak-anak mereka untuk mengikuti bidang sains.
Sehubungan itu, beliau bersama Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah mengerakkan inisiatif 'Sence With Science' sebagai galakan penyertaan pelajar-pelajar perempuan dalam bidang sains.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 11 2021
Dr Jemilah berkata peluang dan ruang yang secukupnya perlu diberikan kepada wanita untuk menonjolkan diri - Gambar fail
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
FEM2025: Charting Malaysia’s Path to Regional Leadership
Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) is the premier platform to chart Malaysia’s priorities and policies for 2025. Organised by the Government of Malaysia, this annual event will track the medium-term progress of the government’s initiatives and set the narrative for the coming year. With Malaysia assuming the chairmanship of ASEAN in 2025, "Seizing Malaysia’s Moment" recognises the country’s inherent strengths to seize the opportunities that lie ahead.
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Peniaga jual minyak masak peket kepada orang tertentu, sorok barang kawalan
Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 140kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.