KUALA LUMPUR: Kadar gaji minimum di negara ini perlu ditingkatkan bagi mengimbangi antara pendapatan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, kata Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof Madya Dr Firdausi Suffian.
Katanya kadar gaji minimum itu juga perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara kerana pendekatan itu boleh merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus menyumbang kepada usaha menurunkan kadar kemiskinan di negara ini.
"Ini penting, sekiranya gaji masih sama, saya khuatir kelompok dalam M40 mahupun B40 akan tercicir dalam mendapatkan akses, kehidupan yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama TV secara dalam talian di sini hari ini.
Mengenai iltizam kerajaan menoktahkan kadar kemiskinan tegar dalam negara pada tahun ini, Firdausi yang juga Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah, berkata beliau bersetuju dengan inisiatif kerajaan mensentralisasikan beberapa negeri yang perlu diberi fokus.
Katanya, Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi iaitu 25 peratus perlu diberi fokus dan memerlukan intervensi kerajaan bagi mengecilkan jurang pendapatan antara rakyat di negeri itu dengan penduduk di Semenanjung.
Menurut Firdausi nisbah jurang pendapatan antara rakyat Negeri di Bawah Bayu itu dengan Semenanjung semakin ketara dengan pertumbuhan gaji yang perlahan menyebabkan ribuan golongan muda Sabah berhijrah ke Semenanjung mencari pekerjaan.
"Kalau kita lihat secara nisbah, 1:4 orang Sabah itu miskin dan menjadikan peratusan pekerjaan tidak begitu berkembang seperti negeri-negeri lain.
"Kerana itu Sabah masih mempunyai fenomena 'underemployment' iaitu graduan yang mempunyai ijazah sarjana pun sanggup bekerja sebagai kerani kerana mahu mendapat kerja di Semenanjung," jelasnya.
Menyentuh mengenai isu kemiskinan tegar di negara ini, beliau yang juga Pakar Panel-panel Kementerian Belia dan Sukan berkata akses golongan itu terhadap kemudahan kesihatan, makanan seimbang dan untuk memiliki rumah sendiri juga harus diberikan perhatian.
Katanya akses kepada keperluan asas berkenaan turut perlu dijadikan panduan dalam penilaian dan menentukan taraf sosioekonomi rakyat di negara ini dan bukannya berdasarkan pendapatan semata-mata.
"Misalnya, kalau sebuah keluarga mempunyai lima orang anak dengan (rumah) tiga bilik, adakah kebajikan anak-anak ini dijaga, mendapat akses pendidikan yang baik? Jadi tempat tinggal pun diambil kira sebagai kadar ukuran kemiskinan.
"Aspek pemakanan juga penting, kita tidak boleh melihat kepada aspek pendapatan sahaja. Nutrisi yang didapati itu memberi indikasi bahawa adakah individu itu seorang yang sihat? Begitu juga akses bagaimana anak-anak pergi ke sekolah. Adakah jarak sekolah dan rumah jauh? Semua ini diambil kira," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang sependapat dengan Firdausi mengenai kadar gaji minimum pula mencadangkan agar diwujudkan lebih banyak ruang pekerjaan di kawasan desa.
Katanya ia bagi mengimbangi hak dan peluang penduduk desa yang telah berhijrah ke bandar untuk pulang dan 'menuai' pendapatan di sana.
"Sektor pertanian adalah satu sektor yang menguntungkan, justeru kerjasama kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri penting bagi mengusahakan pertanian moden dengan mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terbiar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Pakar berkata, akses kepada keperluan asas turut perlu dijadikan panduan dalam menilai dan menentukan taraf sosioekonomi rakyat di negara ini dan bukannya berdasarkan pendapatan semata-mata. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.

Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.

Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.

Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.

Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.

Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.

Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.

Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.