SHAH ALAM : Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Awang Sariyan berkata, perkara itu sudah ditunggu sejak sekian lama.
"Badan dan tokoh pejuang bahasa menyuarakan perkara itu sejak 20 tahun yang lalu.
"Semoga usaha Jabatan Peguam Negara dapat disegerakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, keputusan itu dapat meningkatkan martabat bahasa Melayu yang sah sebagai bahasa negara, berbanding dengan teks sahih dalam bahasa Inggeris.
"Negara telah merdeka lebih 65 tahun. Amat wajar saki-baki penjajahan diketepikan dan kita berfikir, mentafsirkan dan melaksanakan peruntukan Perlembagaan berdasarkan falsafah, nilai dan pandangan sarwa kira sendiri," katanya
Idrus pada Isnin mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.
Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan dasar pengasingan kuasa.
Justeru, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023

Datuk Seri Awang Sariyan berkata, perkara itu sudah ditunggu sejak sekian lama. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.

Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa

Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.

Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.

Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan.

Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.

Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.

Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.

Sasterawan Atondra meninggal dunia
Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin.

Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.