KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memperkasakan lagi peranan DBP.
Senator Datuk Seri Prof Emeritus Awang Sariyan berkata cadangan itu susulan Akta DBP 1959 sedia ada tidak mempunyai wewenang penguatkuasaan selain daripada menegur, menasihati dan membimbing.
"Kira-kira satu dekad hasrat itu disuarakan dan draf akta baharu telah pun disiapkan, maka amat penting rang undang-undang akta baharu itu dibentangkan di Parlimen.
"Demikian juga, amat penting pengutamaan bahasa Melayu dalam sektor-sektor lain, terutama pendidikan, tempat awam, kehakiman dan media.
"Penegasan tentang Dasar Bahasa Kebangsaan tidak bererti penolakan mana-mana bahasa asing kerana setiap bahasa ada peranannya," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Awang berkata kerajaan juga perlu membuka ruang untuk melaksanakan satu kajian penilaian yang tuntas tentang keberkesanan pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai sektor.
Senator Datuk Mustafa Musa yang turut senada menyeru DBP, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi menggandakan usaha agar fokus liputan bahan bacaan dan aktiviti menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baku.
Malah katanya, usaha itu juga perlu dilipatgandakan dalam semua gerak kerja dan aktiviti termasuk urusan rasmi serta transaksi perniagaan utama.
"Saya juga menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan bahasa dan menjadikan saluran media sebagai gelanggang propaganda perkauman yang boleh mencuit rasa dan perasaan rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Awang Sariyan berkata cadangan itu susulan Akta DBP 1959 sedia ada tidak mempunyai wewenang penguatkuasaan selain daripada menegur, menasihati dan membimbing. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa