'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat, bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang Abd Aziz Abd Rahman berkata ramai yang masih memilih untuk membuang bayi ke dalam tong sampah, mangkuk tandas, longkang atau tandas walaupun 'baby hatch' disediakan.
"Membuang bayi merupakan cara yang paling mudah oleh pasangan yang berzina dan hamil sebelum nikah dalam kehidupan moden ini tetapi mereka tidak boleh membuang bayi di kawasan yang menjijikkan.
"Ramai yang masih tidak mengetahui tentang 'bayi hatch' yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik, mereka membuang bayi ke dalam tong sampah. Tujuan sebenar penyediaan 'baby hatch' ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Abd Aziz, 'baby hatch' dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu.
Katanya perbuatan meninggalkan bayi di 'baby hatch' bukan kesalahan jenayah.
Justeru, beliau berharap bayi baru dilahirkan pasangan luar nikah itu boleh ditinggalkan dalam keadaan selamat, sekaligus menyelamatkan nyawa mereka yang tidak minta untuk dilahirkan namun mempunyai hak untuk hidup.
Pada masa ini, sembilan KPJ menyediakan 'baby hatch' daripada 26 rangkaiannya iaitu di KPJ Tawakkal (Kuala Lumpur), KPJ Seremban, KPJ Ipoh, KPJ Johor, KPJ Kuantan, KPJ Pulau Pinang, KPJ Perdana (Kota Bharu), KPJ@Damai (Kota Kinabalu) dan KPJ Kuching.
Abd Aziz berkata tujuh bayi diselamatkan melalui 'baby hatch' di sembilan hospital KPJ sejak kemudahan itu dilancarkan pada 2010 oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCARE.
Beliau berkata KPJ mengamalkan prosedur operasi standard untuk menguruskan peti pelindung bayi hasil kerjasama dengan OrphanCARE termasuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas laporan mengenai insiden dibuat kepada OrphanCARE.
Abd Aziz berkata bayi kemudian diserahkan kepada polis, OrphanCARE dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk seterusnya dijadikan anak angkat.
Bernama
Mon Jun 22 2015

Sebuah pusat 'baby hatch' dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu. - Gambar Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Majikan perlu iktiraf aktiviti sukarela sebagai pengalaman bekerja
Pengalaman dalam aktiviti sukarela memberi peluang cerah kepada seseorang calon dalam mendapatkan pekerjaan.

Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
Majlis Agama Negeri dicadangkan supaya distruktur semula dengan antaranya mewujudkan satu jabatan atau unit khas bagi hal ehwal ekonomi Islam untuk memakmurkan pembangunan ekonomi ummah negara ini.

Tinggalkan bayi dalam 'baby hatch' bukan kesalahan jenayah
'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia.