Majlis Agama Negeri dicadangkan supaya distruktur semula dengan antaranya mewujudkan satu jabatan atau unit khas bagi hal ehwal ekonomi Islam untuk memakmurkan pembangunan ekonomi ummah negara ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman yang mengemukakan cadangan itu berkata berdasarkan peruntukan undang-undang penubuhan Majlis Agama Islam di setiap negeri, majlis agama Islam negeri tidak harus tertumpu hanya mengenai hal ehwal agama tetapi juga perlu memelihara kebajikan umat Islam dari aspek ekonomi.
Katanya jabatan untuk hal-ehwal ekonomi Islam itu perlu dipimpin ahli ekonomi Islam berkaliber yang akan melapor terus perkembangan aktiviti kepada ketua agama Islam negeri iaitu Sultan manakala Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata jabatan itu akan mengurus dana dan sumber kewangan seperti kutipan zakat dan sumbangan wakaf untuk terlibat dalam aktiviti yang mampu menjana ekonomi ummah.
"Jika ia dipimpin oleh ahli cerdik pandai Islam, impak terhadap pembangunan ekonomi umat di negara ini dapat dilihat dalam jangka masa lima tahun," katanya pada sesi perbincangan meja bulat di bawah kumpulan kerja perundangan yang bertajuk Perlembagaan Asas Perpaduan anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) di sini hari ini.
Abd Aziz yang juga pengamal perundangan berkata sumber kewangan yang diuruskan jabatan itu boleh digunakan untuk membeli hartanah dan memberi pinjaman melalui penubuhan syarikat atau perbadanan.
"Saya tahu ada negeri yang mempunyai kutipan (zakat) beratus juta dan ada negeri yang mampu membuat kutipan bilion ringgit. Apa mereka buat? Buat apa simpan sahaja," katanya.
Beliau menyifatkan peranan ''hal-ehwal ekonomi Islam'' yang telah lama terlepas pandang itu mungkin kerana nama "majlis agama Islam" menyebabkan tumpuan hanya kepada hukum hakam agama.
Pengurusan jabatan hal ehwal ekonomi Islam yang baik akan merapatkan jurang ekonomi masyarakat Islam terutamanya orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dengan masyarakat lain, katanya.
Abd Aziz juga mencadangkan agar jabatan khas bagi hal-hal ehwal ekonomi Islam itu melihat aspek proses pentadbiran kutipan zakat yang selama ini hanya dibayar oleh umat Islam di negara ini secara sukarela.
"Kita sepatutnya menguruskan hal kutipan zakat sama seperti kewajiban membayar cukai pendapatan kepada kerajaan dan Majlis Agama Islam seharusnya bertegas mengenai perkara ini," katanya.
MDN ialah badan khas yang bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditubuhkan pada Oktober 2013 untuk mengukuhkan kedudukan agama dalam negara serta membina kehidupan ummah yang sejahtera.
--BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017

Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman ketika Persidangan Meja Bulat Perlembagaan Asas Perpaduan di Kompleks Islam Putrajaya hari ini, 19 Mei, 2017. --fotoBERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Majikan perlu iktiraf aktiviti sukarela sebagai pengalaman bekerja
Pengalaman dalam aktiviti sukarela memberi peluang cerah kepada seseorang calon dalam mendapatkan pekerjaan.

Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
Majlis Agama Negeri dicadangkan supaya distruktur semula dengan antaranya mewujudkan satu jabatan atau unit khas bagi hal ehwal ekonomi Islam untuk memakmurkan pembangunan ekonomi ummah negara ini.

Tinggalkan bayi dalam 'baby hatch' bukan kesalahan jenayah
'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia.