Tindakan terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM berkenaan adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Mohamad Zabidi menjelaskan pegawai SPRM adalah anggota perkhidmatan awam serta tertakluk kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.
Sehubungan itu, katanya, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain larangan memberi apa-apa pernyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelas, antara lain melarang pegawai SPRM membuat pernyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka, katanya.
"Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain," katanya.
Mohamad Zabidi berkata satu perjumpaan antara Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beliau sendiri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali; Pengarah Operasi Khas
SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos.
Beliau berkata perjumpaan tersebut membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap Bahri dan Rohaizad adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Isnin lepas, Ali membatalkan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dikembalikan ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa pada hari yang sama.
Astro Awani
Thu Aug 13 2015
![Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439470727_MohamadZabidiZaina.jpg)
ZABIDI: Tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM berkenaan adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Agrobank, MPB bekerjasama jayakan program pembiayaan pekebun lada Agrobank, MPB bekerjasama jayakan program pembiayaan pekebun lada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511707383_AgroBank.jpg)
Agrobank, MPB bekerjasama jayakan program pembiayaan pekebun lada
Agrobank memeterai kerjasama strategik dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB).
![Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439470727_MohamadZabidiZaina.jpg)
Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu terus bekerja keras dan komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam.
![Modul berkaitan psikologi diguna pakai dalam dasar pemisah bagi pegawai kerajaan Modul berkaitan psikologi diguna pakai dalam dasar pemisah bagi pegawai kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449071788_BukuLaporanAudit.jpg)
Modul berkaitan psikologi diguna pakai dalam dasar pemisah bagi pegawai kerajaan
Modul Inovasi Psikologi dan Teknik Bersepadu Modifikasi Tingkah Laku (PSYNNOVA) akan diguna pakai sebagai saklah satu mekanisme pelaksanaan Dasar Pemisah bagi pegawai kerajaan.
![Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439470727_MohamadZabidiZaina.jpg)
Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam
Tindakan terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan.
![SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439200579_MUSTAFAR.jpg)
SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan semua siasatan dengan bebas, telus dan profesional selepas dua pegawai kanannya dikekalkan di suruhanjaya itu.
![Penjawat awam wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji Penjawat awam wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436240028_PTPTN.jpg)
Penjawat awam wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji
Kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.
![Penjawat awam perlu terjemah erti kemerdekaan, tingkatkan prestasi Penjawat awam perlu terjemah erti kemerdekaan, tingkatkan prestasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41386581095_295x200.jpg)
Penjawat awam perlu terjemah erti kemerdekaan, tingkatkan prestasi
Penjawat awan digesa terjemahkan erti kemerdekaan dengan meningkatkan prestasi dan semangat patriotisme.