Agrobank memeterai kerjasama strategik dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) bagi menjayakan program pembiayaan khas untuk manfaat lebih 30,000 pekebun kecil lada yang berdaftar.
Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, program itu akan membantu pekebun kecil lada dari segi akses kewangan.
Menurutnya, lada adalah antara eksport utama negara dan ia memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara serta pekebun lada.
"Agrobank dan MPB akan memainkan peranan masing-masing. MPB akan berusaha menambah jumlah pekebun dan kawasan lada manakala Agrobank menyediakan pembiayaan sama ada kepada individu ataupun koperasi yang akan ditubuhkan di bawah MPB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kerjasama Strategik Agrobank dan MPB di sini pada Ahad.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia ,Abu Hassan Alshari Yahaya turut hadir.
Datu Nasrun dalam ucapannya menyambut baik kerjasama strategik yang dijalinkan itu memandangkan eksport lada sentiasa mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan.
"Kementerian amat berbesar hati apabila kerjasama strategik ini dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran lada di Malaysia," katanya.
Majlis kerjasama strategik yang berlangsung serentak dengan Karnival Kewangan Bank Negara itu ditandatangani Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Masaat Awadz dan Ketua Pengarah MPB, Dr Harry Entabang.
Ketika ditemui pemberita, Masaat berkata, pembiayaan itu dijangka bermula pada Januari 2018 selepas proses saringan awal oleh MPB sebelum permohonan diserahkan kepada Agrobank.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017

Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (empat, kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara Agrobank dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.