KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas isu tular pembukaan sebuah bar yang mahu menampilkan persembahan 'Thai Hot Guy' bagi tujuan promosi.
Perkara itu juga dilihat mempunyai elemen dalam mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.
Ujarnya, isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT.
"Mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan 'Panel Of Expert' (POE) di ibu negara pada Rabu.
Sebelum ini, poster yang tular berhubung pembukaan bar itu menyaksikan sekumpulan lelaki warga Thailand berbadan sasa mengenakan pakaian wanita.
Penganjuran acara 'Thai Hot Guy' itu dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.
Bagaimanapun, penganjuran acara tersebut telah menerima tentangan hebat pelbagai pihak yang mendesak agar ia dibatalkan.
Hilmi Malik
Wed Mar 22 2023

Kor Ming berkata isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.

Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.

Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin
Tindakan sebuah bar yang menggunakan kumpulan Thai Hot Guy sehingga menyebabkan pelbagai reaksi masyarakat, hendaklah tidak diteruskan.

Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh
DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan.

Program Thai Hot Guy: Pemuda UMNO buat laporan polis hari ini
Acara yang dijangka diadakan pada 30 Mac itu turut mendapat bantahan daripada Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.