Ketua Pergerakan Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jika tiada sebarang tindakan pembatalan diambil, pihaknya sendiri yang akan berbuat demikian.
“Kita tidak memerlukan orang yang tidak tahu menghormati sensitiviti sesama sendiri. Saya menyeru semua badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politk lain bersatu hati menentang perkara yang terkutuk ini.
“Ini negara kita, maka cara dan budaya kita,” kata beliau dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.
Acara yang dijangka diadakan pada 30 Mac itu turut mendapat bantahan daripada Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ujarnya, tiada keperluan terhadap penganjuran program itu memandangkan ia dijalankan pada bulan Ramadan. - Sinar Harian