YAN:Tindakan akan diambil terhadap penyokong-penyokong parti politik yang didapati menggunakan pembesar suara ketika perarakan mengiringi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau di Dewan Dato Madi, di sini tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata walaupun keseluruhan proses penamaan calon termasuk aturan pergerakan penyokong kedua-dua parti itu agak memuaskan, namun polis kecewa kerana terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka ketika proses penamaan calon itu.
“Kita akan akan ambil tindakan berdasarkan bukti gambar dan video yang telah kita perolehi. Cumanya ketika perarakan tersebut kita tidak mengambil tindakan serta-merta seperti merampas pembesar suara kerana kita tidak mahu mewujudkan suasana tegang,” kata Ahmad.
Menurutnya, pada awalnya tiada sebarang penggunaan pembesar suara dikesan dari penyokong-penyokong parti politik ketika perarakan menuju ke dewan penamaan calon itu namun lama kelamaan, kedengaran suara-suara penyokong berteriak menggunakan pembesar suara itu.
“Kita dah beritahu syarat-syarat kepada penyokong tapi mereka masih juga melakukannya jadi memang salah namun terdapat lebih kurang 10,000 orang, takkanlah kami nak tarik seorang yang menggunakan pembesar suara kerana ianya akan mewujudkan pergaduhan,” katanya lagi.
Namun, polis sudah pun mengenalpasti identiti individu yang membawa pembesar suara itu dan tindakan susulan akan diambil kemudian.
Sementara itu, beliau turut menegaskan setiap ceramah-ceramah politik ketika berkempen hendaklah mempunyai permit
“Tamatnya proses penamaan calon, mereka dah boleh memohon permit ceramah dan dihantar kepada Ketua Polis Daerah. Kita akan bagi kelulusan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan jikalau ianya sesuai kita akan beri permit,” kata Ahmad.
Ketua Polis Daerah akan menentukan tempat dan kesesuaiannya kerana tidak mahu lokasi-lokasi yang dimohon itu mengganggu ketenteraman awam, lalulintas atau bertembung dengan lokasi bilik gerakan parti lawan.
Malah, semua ceramah-ceramah politik akan dipantau oleh pihak polis yang bertugas dan Ahmad menggesa supaya ceramah-ceramah yang diadakan hendaklah mengikut peraturan.
“Yang paling penting, jagalah ketenteraman awam dan janganlah ada unsur-unsur provokasi dan perkara-perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita. Sila berkempen atas objektif parti masing-masing dan janganlah cuba menimbulkan provokasi dan konflik,” kata beliau.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan antara dua pemimpin yang sekian lama terlibat dalam bidang pendidikan.
Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak dekat sini merupakan pensyarah kanan, Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM), Sarjana Sastera Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah Sejarah Politik USM.
Calon PAS, Mohd Azam pula merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum di Sekolah Menengah Agama An-Nahdzah, Bukit Besar.
Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir selain Diploma Pendidikan Pengajian Islam.
Beliau yang merupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak turut memegang jawatan Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah dan Ketua Pemuda PAS Jerai.
Datuknya, Abdul Hamid Ibrahim pernah bertanding di kerusi DUN Sala pada pilihan raya umum pertama pada 1959 mewakili PAS dan kalah kepada calon Perikatan.
DUN Sala, selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya dikenali sebagai DUN Sungai Limau sejak pilihan raya umum 2004.
DUN Sungai Limau terletak di dalam kawasan Parlimen Jerai dan mempunyai seramai 27,222 pengundi berdaftar.
Daripada jumlah itu 25,323 pengundi terdiri dari pengundi Melayu, 1,842 pengundi Cina, 15 pegundi India manakala selebihnya lain-lain bangsa dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Azizan, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 1995.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Nov sebagai hari mengundi.
Astro Awani
Wed Oct 23 2013
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Kemenangan BN di DUN Mahkota: Cara kempen berubah, ceramah sudah 'tak laku' - Penganalisis
Kemenangan dengan majoriti lebih 20,000 adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Keputusan dijangka seawal 9 malam ini - SPR
SPR menjangkakan lebih 60 peratus peratusan keluar mengundi kali ini, berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.
PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka
Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.