MARANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seperti itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.
Katanya, jika pihaknya mengesan ada yang melakukan sedemikian, siasatan lanjut akan dilakukan sebelum tindakan tindakan sewajarnya diambil.
“Kalau adanya anggota atau pegawai yang berpakaian lucah masuk dalam Tik Tok contohnya, kita akan ambil siasat dan juga mengambil tindakan sewajarnya,” kata Mazlan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan jenis Toyota Hilux GS Cargo PDRM Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 6 Wakaf Tapai di sini, pada Ahad.
Tegas Mazlan, selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, PDRM turut mengingatkan pegawai dan anggotanya agar tidak mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau pasukan beruniform itu.
Katanya, mereka ini mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau yang tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.
Pada Disember 2020, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.
Katanya, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan pakaian seragam PDRM.
Nur Fazlizai Ali
Sun Dec 05 2021

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seperti itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan. - Foto BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut tembak, rogol di TikTok
Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi Tik Tok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan.

MCMC siasat pengasas produk kecantikan, selebriti
MCMC dengan kerjasama polis telah menjalankan siasatan terhadap tiga individu yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok baru-baru ini.

"Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
-KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan. Ini luahan rasa adiknya, Jahidah di akaun media sosial TikToknya.

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN
PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.

Tik Tok: Polis panggil wanita dakwa kilang punca peningkatan kes COVID-19 di Selangor
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.

Jenaka rogol? Tiada toleransi! - Radzi Jidin
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius dan tdak akan bertoleransi berhubung isu seorang guru lelaki yang didakwa membuat jenaka mengenai jenayah rogol, baru-baru ini.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.

Penangan '11 saat' Siti Nurhaliza, netizen bikin semula sebalik tabir Kuasa Cintamu
Kreatif betul rakyat Malaysia ni ya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 14 September 2020.

Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas
Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan.