ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 14 September 2020.
1) New Zealand lanjut perintah berkurung
New Zealand akan melanjutkan perintah berkurung selama seminggu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang melanda negara itu.
Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, langkah itu bagi memastikan tiada jangkitan baharu virus itu selain memberi laluan kepada aktiviti ekonomi secara berperingkat.
2) Parlimen India kembali bersidang selepas dihentikan lima bulan susulan COVID-19
Selepas lima bulan tidak bersidang, penggubal undang-undang India kembali ke Parlimen pada Isnin.
Persidangan tersebut adalah bagi membincangkan langkah seterusnya untuk membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat di negara itu selain membincangkan isu ekonomi dan hubungan bersama China.
3) ByteDance ambil keputusan tidak jual TikTok kepada Microsoft
Syarikat pemilik aplikasi perkongsian video popular TikTok, ByteDance mengambil keputusan untuk tidak akan menjual atau memindahkan sebarang data menerusi mana-mana rundingan pembelian dengan syarikat teknologi Microsoft Corp.
4) Singapura catat 48 kes baharu, tiada penularan dalam komuniti
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan terdapat 48 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas di republik itu dan tiada kes dalam komuniti dilaporkan.
5) Indonesia catat 3,141 kes positif baharu, 118 lagi kematian dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 3,141 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 221,523 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 98,842 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
6) Isteri melecur teruk, ibu mentua dan anak pula rentung
Chris Tofte tekad memandu kereta meredah api yang marak di sekelilingnya demi mencari isteri, anak dan ibu mentuanya.
Dengan penglihatan yang terhad dek kepulan asap, kenderaan yang dipandu hampir melanggar seorang wanita dengan kesan melecur teruk yang terbaring di tengah jalan.
7) Erdogan selar kenyataan Macron berhubung isu Laut Mediterranean Timur
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mengkritiknya berhubung kegiatan maritim di Laut Mediterranean Timur sehingga menimbulkan ketegangan di Greece dan Kesatuan Eropah (EU).
8) COVID-19: Pusat kuarantin rawat pesakit ditambah di Yangon
Pusat kuarantin bagi pesakit yang dijangkiti COVID-19 akan ditambah di Yangon, Myanmar susulan peningkatan kes baharu melebihi 100 kes sejak beberapa hari lalu.
Antaranya termasuk penambahan kemudahan di stadium bola sepak yang sebelum ini mampu merawat 200 pesakit yang dijangkiti wabak itu kepada 400 pesakit.
9) Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia hampiri angka 29 juta
Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 29 juta.
Ini disumbang peningkatan angka jangkitan baharu positif COVID-19 dunia dalam tempoh 24 jam.
10) COVID-19 ragut lebih 921,600 nyawa di seluruh dunia
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Farhana Joni
Mon Sep 14 2020

Berikut adalah berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.